Beberapa orang artis didakwa netizen sebagai mengeluarkan kata-kata provokasi berdasarkan laporan berita yang tidak tepat. Ini kerana golongan ini hanya membuat komen yang berat sebelah dan seolah-olah menjilat kerajaan.
Antara artis yang disebut ialah Achey, Linda Rafar, Dato Seri Vida, Chef Wan dan beberapa orang lagi.
Foto : Twitter
Bagi golongan pemprotes, mereka hanya mahukan berita yang dilaporkan secara adil dan jika ada komen sekalipun, biar lah secara membina.
Namun, sebaliknya bagi segelintir artis yang hanya mengambil dari satu aspek sahaja.
Manakala artis seperti Chef Wan telah menjelaskan bahawa video yang disebarkan rakan artis sebenarnya berlaku di Sydney, Australia.
Begitu juga dengan jurusolek, Syedewa yang menjelaskan dengan lebih rasional.
Foto : IG
Jadi, anda rasa artis perlu menyokong mana-mana parti politik atau atas pagar saja untuk lebih selamat? - CARI
|