View: 5337|Reply: 23
|
Edika Yusof Dikecam Sebab Sokong Perarakan ‘Keluar Dan #Lawan’
[Copy link]
|
|
Aktor Edika Yusof dikecam netizen gara-gara meninggalkan komen seolah-olah menyokong perarakan ‘Keluar dan #Lawan’ bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan yang diadakan di ibu negara pagi tadi.
Berdasarkan komen yang ditinggalkan Edika dalam satu hantaran Facebook media tempatan, pelakon berusia 54 tahun itu berpendapat tindakan mengadakan perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili ‘suara rakyat’ yang berani untuk mendesak kerajaan hari ini berundur (meletak jawatan).
Foto: IG
“Ini rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat begitu (perarakan), ramai lagi akan mati (akibat Covid-19). Tolong hormati mereka kerana berani,” tulisnya.
Menerusi komen yang ditinggalkan itu juga, pelakon yang pernah memegang watak Jeffri dalam filem Maria Mariana itu juga berkata, perarakan protes tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana dilakukan di kawasan terbuka dan selamat.
“Diadakan di kawasan terbuka dan selamat. Vitamin D daripada pancaran matahari akan membunuh virus (Covid-19). InshaAllah,” katanya.
Bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan daripada netizen apabila rata-rata menghentam kenyataan tersebut dan menyifatkan pelakon berkenaan sebagai ‘tidak punya otak’.
“Artis jarang bijak. Ini semua pengikut politik. Rakyat sebenarnya duduk rumah,” komen seorang netizen.
“Sepatutnya awak ikut sekali perarakan. Barulah mereka akan bertambah semangat lagi dengan adanya ketua seperti awak,” kata seorang pengguna Facebook.
Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam telah diadakan sekitar pukul 10 pagi tadi dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.
Perarakan tersebut dibuat sebagai desakan agar seluruh menteri Kabinet meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani Covid-19. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kecewala acik acik gersang |
|
|
|
|
|
|
|
Muka anak pmpuan die paling badass |
|
|
|
|
|
|
|
.... apa salahnya dia menyuarakan pandangan dia ... netizen punnn ... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 semua ikut muka mak |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm, nk bg pendapat ok, tp, ayat terakhir tu....
Vit D boleh bunuh virus?
Adui. |
|
|
|
|
|
|
|
Bior kan ler dia nak sokong ke nak kecam ke.. Hak dia bersuara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata negara demokrasi
Korang tak suka, itu hak korang la
Edika ada hak dia jugak
Kalau korang rasa, korang betul, Edika pun rasa dia betul...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya hak masing2. Masing2 ada pendapat. Tak payah nak kecam. Yang tak kisah dok rumah macam aku ni teruskan lah duduk rumah sampai mereput. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 1-8-2021 06:47 PM
Hmmm, nk bg pendapat ok, tp, ayat terakhir tu....
Vit D boleh bunuh virus?
Adui.
Kan. Nampak gaya macam serupa bijak tapi aduhaii |
|
|
|
|
|
|
|
hensem dia ni. anak pompuan dia muka macam mawar tudung faridah |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya skrg tk bole beza pendapat... |
|
|
|
|
|
|
|
anak pompuan heols hensem ikut heols
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak perempuan cantik, anak lelaki gen terlebih kari kambing varuval pulak.
Apa pe hal pun bapaknye lah paling handsome sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb uncle ensem Dan rajin jaga wife, aku sokong je uncle |
|
|
|
|
|
|
|
banyak negara tengah protes kerajaan masing2. chill jela jadi pemerhati. yang tengah selesa dan terpaling priviledge time pandemik ni, takyah komen over sangat. rasanya penganjur protes dah outline SOP yang sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
napa edika tak turun sekali ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|