Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa mayat pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad ICU didapati masih hidup di lokasi pengkebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.
Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL
HKL menjelaskan, tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan, kata Kementerian Komunikasi dan Multi Media.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita tersebut dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
MESEJ tular yang mendakwa mangsa dari HKL disahkan mati akibat Covid-19 'hidup semula’ sebelum dikebumikan di tanah perkuburan.
Foto Utusan
Sumber: MalaysiaGazette |