CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 0

[Sarawak] Kongsi rezeki melalui Kuching Foodie

[Copy link]
Post time 4-8-2021 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Kongsi rezeki melalui Kuching Foodie


MULANYA saya ingat mempromosikan kedai makan milik kawan, tetapi tidak sangka ia dapat sambutan bahkan jadi platform berkongsi rezeki, kata Wan Hafizu Rahman, 38.

Katanya lagi, beliau terkesan melihat ramai penjaja berdekatan hilang pendapatan apabila tidak dapat berniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKD) dan sekatan pergerakan menyeluruh.

Niat menolong rakan akhirnya mencetus Facebook Kuching Foodie yang menjadi sandaran rakan peniaga lain mengutip rezeki.

“Disebabkan mendapat sambutan hangat, tercetus inspirasi membantu peniaga kecil mahupun besar mempromosi jualan di Kuching Foodie secara percuma,” katanya.

Wan Hafizu yang juga pemilik kedai makan Le’Song di Metrocity, Matang berkata, sebelum Kuching Foodie, dia juga pemilik akaun Juju Komeng di YouTube.


“Saluran YouTube saya berkonsepkan hidangan masakan,” katanya dan menambah, saluran diwujudkan hanya bagi mengisi masa lapang kerana meminati bidang videografi.

Jelasnya lagi, walaupun Kuching Foodie berusia sebulan, tetapi pengikutnya kini mencecah 4,000 orang dan satu video pernah ditonton 60,000 orang.

“Niat dan matlamat saya hanya untuk membantu peniaga pelbagai kaum dan agama yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Saya bersyukur kerana Kuching Foodie mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun berusia sebulan,” tambahnya.
Jelasnya, ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, penting untuk saling membantu sesama peniaga.

“Saya gembira dan bersyukur apabila dikhabarkan ramai peniaga yang dibantunya kini mampu tersenyum dengan jualan masing-masing,” katanya.

Wan Hafizu menjelaskan, beliau mampu memperoleh pendapatan bulanan melalui Kuching Foodie, tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak semuanya peniaga mampu membayar perkhidmatan itu.


Kuching Foodie jelasnya lagi, banyak mempromosi kedai yang dimiliki pemilik yang sudah lama menceburi dunia perniagaan berasaskan makanan.

“Kebanyakan penonton memberi komen apabila menonton video yang mengunjungi kedai lama di sekitar Kuching.

“Malah dari situ, penonton berkongsi video tersebut ke laman akaun mereka,” katanya.

Sehubungan itu, kebanyakan pengikut dan penonton di Kuching Foodie tergolong daripada orang luar seperti Singapura, Indonesia dan China.

“Secara automatik ia mempromosi makanan Sarawak ke luar negara,” jelasnya.

Beliau berharap dapat mengadakan jelajah di Sarawak selepas pandemik Covid-19 berakhir, untuk mempromosikan makanan negeri ini.




https://suarasarawak.my/kongsi-rezeki-melalui-kuching-foodie/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054332 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list