View: 8606|Reply: 51
|
10 Ahli Keluarga Aiman Tino Positif Covid-19, Kesihatan Ibu Merosot Akibat Asma
[Copy link]
|
|
Ujian buat penyanyi Aiman Tino apabila 10 anggota keluarga termasuk ibu, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusri Ishak dijangkiti wabak Covid-19 sejak 10 hari lalu.
Hazelina, 45, yang dihubungi mStar berkata, dia dan suami bersama lima anak mereka iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Manakala, anak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27 dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan kini menjalani kuarantin secara berasing di Shah Alam.
Foto: IG
Bagaimanapun, Hazelina berkata, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak dijangkiti memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.
"Saya, suami dan empat orang anak saya disahkan positif... kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung, suami dan anak dia juga dijangkiti tapi mereka kuarantin di rumah Shah Alam.
"Hari ini sudah masuk 10 hari kami kuarantin. Saya tak tahu punca dari mana tapi sebelum swab test tu, saya memang ada demam selepas balik dari pekan.
"Selepas itu, suami pula demam selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan positif," katanya.
Terdahulu, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19.
Dalam pada itu, Hazelina memberitahu biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin namun keadaan kesihatannya semakin merosot disebabkan mengidap penyakit asma.
"Anak-anak dan suami dah baik demam... cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada asma yang teruk tambah pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.
"Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.
"Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena call ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya baby umur sebulan tu pun kena juga ke |
|
|
|
|
|
|
|
Allahhu...
Semoga semuanya cepat sembuh kembali sihat seperti sedia kala... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga s3mbuh mak aiman. Seram iolss mikir adik bradik berbelas2 tu sape nak jaga |
|
|
|
|
|
|
|
"Selepas itu, suami pula demam selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan positif," katanya.
Orang PPV dah dpt info ke tu?
Mende camni yang risau.
Jangkitan tanpa sedar sbb orang sblm kita positif |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorang mmg duduk serumah ke? Plg kesian baby baru sebulan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kesembuhan kepada semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh semua. Adik bongsu eman berapa tahun dah? Still baby2 lagi kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya pulak keadaan mak nya tu ada asma. Ada pulak bebi kecik. Semoga diberi kesembuhan buat semua ahli keluarga dik eman |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keluarga Aiman di beri kesembuhan dan ibunya cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. dah la ada astma.. risiko tinggi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 4-8-2021 05:36 PM
Orang PPV dah dpt info ke tu?
Mende camni yang risau.
Jangkitan tanpa sedar sbb orang sblm kit ...
Betul kan..aduhai.. naya ja |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..semoga maknya kembali sihat dan panjang umur. Ramai tu adik Aiman. Kecik2 lagi..maknya pergi hospital tak. Ada asma tu risiko tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
irsa replied at 4-8-2021 06:14 PM
Bahaya pulak keadaan mak nya tu ada asma. Ada pulak bebi kecik. Semoga diberi kesembuhan buat semua ...
Aah mmg bahaya. Mcm berita baru dr seberang, mak Irwansyah, baru jer meninggal td pagi sebab covid. Mak nya kritikal sebab bawaan asma.
Ayah plak dah meninggal pada 8 july..pun kena covid. Cian nya irwansyha baru jer dpt baby bln mac lepas,setelah menunggu 10 taun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat budak2 yg positive. Kawan iolss punya jiran ke sedara ntah. Anak dia baru lahir 3 minggu. Positive. Tapi mak nya negative. Anak dok hospital, tapi mak tak boleh teman. |
|
|
|
|
|
|
| |
|