View: 2147|Reply: 17
|
Proton Saga Mendunia Apabila Menang Anugerah Kereta Antik
[Copy link]
|
|
PROTON SAGA 1.5GL BLACK KNIGHT EDITION MUNCUL JUARA ANUGERAH CONCOURS DE I'ORDINAIRE 2021!
Model pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), iaitu Proton Saga telah berjaya dinobatkan sebagai juara anugerah Concours de I'Ordinaire pada acara Hagerty Festival of Unexceptional 2021 yang dianjurkan baru-baru ini.
Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga 90-an.
Pemenang, Jon Coupland seorang pegawai polis berusia 30-an menjelaskan, Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition tahun 1989 itu hanya dijual sebanyak 201 unit di UK, dan ia mungkin satu-satunya model yang masih lagi wujud di negara itu.
Tambah beliau lagi yang merupakan pemilik ketiga, pemilik asal Saga itu membiarkannya tersadai di dalam garaj sejak tahun 1993 sehingga 2017 disebabkan terlalu uzur untuk memandu, dengan jarak perbatuan hanyalah sekitar 5,794 km sahaja.
Pemilik kedua kemudian membeli dan memandu Saga tersebut sejauh hampir 16,000 km sebelum ia dijual kepada Jon.
Jon Coupland membawa pulang trofi Hagerty yang berbentuk seakan cangkir teh, sementara tempat kedua pula dirangkul oleh Danny Wilson yang memiliki sebuah Peugeot 106 XN Graduate 1991.
sumber
https://careta.my/article/proton ... -de-iordinaire-2021
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik cat dia. Tak de bikin melampau.. Dalam pun cantik lagi mcm asal. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih nampak cantik terjaga kalau kat sini dah macam kedai besi buruk bergerak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat sini
dah jadik besi buruk
masih ada tapi cat da tanggal
|
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia dh xjmpa kan proton saga yg jenis ni..wira ada jmpa satu dua jer kt jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 2-8-2021 02:38 PM
kalau kat sini
dah jadik besi buruk
Klau x silap sultan johor ada simpan lg yg 1st model |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta lama kalau dijaga dengan baik, memang nampak cantik. Teringin nak memilik kereta Honda City first edition |
|
|
|
|
|
|
|
knp kete proton saga yg baru2 ni lebih buruk dari yg first edition? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 2-8-2021 02:55 PM
Klau x silap sultan johor ada simpan lg yg 1st model
Btul..yg dia bwk madey round dlm kete tu .madey simpa lg lex saga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga 90-an.
Saga ni tahun 90'an tapi mengalahkan model 60'an peraduan kereta antik
Sorry for laughing - don't mean to be disrespectful
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangga Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Britain
Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.
Pegawai polis berusia 30 tahun itu dilaporkan media Britain terperanjat apabila kereta lama berusia tiga dekad tersebut mampu menewaskan 49 pesaingnya.
Uniknya, model Saga yang dijenamakan sebagai Black Knight 1.5 GL untuk pasaran kereta jenis sedan Britain itu hanya ada 201 unit berjaya dijual di negara berkenaan pada 1989.
“Rakyat Malaysia tentu bangga!” ciap pengguna akaun sosial Twitter di Britain yang dikenali sebagai Jemboolo Doborbalah sebelum dibalas beliau semula dengan ucapan terima kasih.
JON COUPLAND bergambar dengan Proton Saga yang diumumkan menjuarai Concours de I’Ordinaire di Lincolnshire, Britain baru-baru ini. – Foto Twitter Jon Coupland
Acara tahunan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan pelbagai jenama kereta klasik dari 1968 sehingga 1989 untuk diadili enam juri bagi merebut anugerah Concours de I’Ordinaire.
Festival Hagerty itu berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe berusia 505 tahun di Lincolnshire dengan mendapat liputan luas pelbagai media antarabangsa terutama Eropah.
Menerusi ciapan dalam akaun dirinya, Coupland menulis: “Anda mungkin tidak percaya yang saya sendiri pun masih lagi tidak percaya akan menang sebab persaingan memang sengit!”
Menariknya, kereta terpakai itu dibelinya pada 2019 lalu dan beliau pula merupakan pemilik ketiga setelah tuan punya asalnya menyimpan kenderaan tersebut dalam garaj sejak 1993.
Pemilik pertama ujar beliau, hanya memandu sejauh 5,794 kilometer sebelum jatuh sakit dan dibeli pemilik kedua pula pada 2017 dengan jarak keseluruhannya cuma 16,093 kilometer.
Disebabkan minat dengan kereta lama itu, beliau bahkan memiliki dua buah lagi model sama yang juga berwarna hitam iaitu 1.5 SE LE dan 1.3 GLS di kediamannya di Boston, England.
“Spesifikasi model ini cukup asas iaitu tidak dilengkapi stereng berkuasa, tiada bumbung suria dan tingkap masih tuil manual lagi selain radio kaset jenama lama Blaupunkt,” jelas Coupland.
Proton Saga mula dilancarkan pada 1985 dan sehingga kini, sejumlah 1,834,454 unit model sedan segmen A itu dengan terbaharu generasi ketiga, sudah pun dijual di 29 buah negara.
Model asal direka bentuk berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun dan dibangun di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
dh 32 thn umurnya. Tahniah bam saga |
|
|
|
|
|
|
|
Still nmpk kete saga lama or wira on the road tapi majority org jual nasi lemak guna utk angkat kelengkapan gerai. Kete Saga tu bawa slow gile & nmpk buruk sgt. Rasanye peniaga beli murmur juz for the sake utk bawa brg2 niaga. Selain tu, van nissan vanette pon jadi pilihan peniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak segak lagi bang saga itu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|