View: 5300|Reply: 44
|
Perlis dah masuk Fasa 3 PPN. Boleh dine-in, kedai-kedai makan jadi tumpuan pelan
[Copy link]
|
|
Orang ramai serbu kedai makan selepas Perlis masuk Fasa 3 PPN
Bernama
Ogos 4, 2021 14:01 MYT
KANGAR: Bagai melepaskan geram, begitulah suasananya apabila orang ramai mula menyerbu gerai dan kedai makan sebaik negeri Perlis beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini, yang antara lain membenarkan pelanggan makan di dalam premis dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Tinjauan Bernama mendapati gerai dan kedai makan menjadi tumpuan orang ramai seawal 7 pagi untuk bersarapan, dengan masing-masing sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk duduk di meja dan mengikuti SOP penjarakan fizikal ditetapkan iaitu hanya dua orang bagi satu meja.
Situasi itu turut melegakan peniaga setelah mereka seumpama 'nyawa-nyawa ikan' akibat pendapatan merosot apabila Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dikuatkuasakan pada Mei lepas bagi mengekang penularan COVID-19.
Seorang peniaga gerai roti canai, Mohd Azuam Azwadi, 30, berkata beliau tidak menang tangan melayan lebih 20 pelanggan yang berbaris menunggu giliran kerana jumlah meja terhad.
"Gerai saya hanya boleh memuatkan 10 meja bagi mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan. Alhamdulillah pelanggan faham dan mereka sabar menunggu giliran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seorang pemilik kopitiam, Khor Sooi Hwang, 56, berkata beliau memang menjangkakan ramai pelanggan akan datang ke kedainya hari ini kerana menyedari keterujaan orang ramai selepas lebih dua bulan tidak dapat menikmati makanan di kedai.
"Ramai pelanggan memberitahu makan di rumah tak sama seperti makan di kedai, mereka kata makan di kedai lebih nikmat kerana suasananya berbeza berbanding di rumah," kata ibu kepada lima orang anak itu.
Sementara itu bagi orang ramai, kerinduan mereka untuk kembali makan di restoran atau kedai makan yang sebelum ini menjadi rutin, kini bagaikan terubat.
Seorang juruteknik syarikat swasta, Rusli Ali, 50, melahirkan rasa gembira dan teruja apabila dapat kembali menikmati makanan di kedai.
"Hari ini rasa seronok dapat makan di kedai bersama rakan-rakan sebelum masuk pejabat, macam sambut hari raya pula, tetapi SOP tetap dijaga," katanya sambil ketawa kecil.
Nur Diyana Radzi, 29, pula berkata sejak pelaksanaan Fasa Satu PPN beliau terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk masak bekalan ke tempat kerja kerana tidak gemar membeli makanan yang dibungkus.
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makan di premis (kedai) seperti biasa, saya rasa lega kerana tidak perlu lagi masak setiap pagi," kata penjawat awam itu.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap x naik balik kes kobit di sinun |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai... |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 4-8-2021 06:48 AM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...
Itu lah, apa beza makan di kedai dgn beli bungkus. Dua2 masuk perut akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. amboiii syoqnya depa |
|
|
|
|
|
|
|
Kan?? Apa beza nya acik nurdiyana ni? Agaknya dibungkus tu dah kepam diperap lama kat kedai kot sebelum delivery.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...
Dia xsuka bungkus plastik kot...kalau area perlis biasa dia bungkus pkai palstik+suratkhabar je.... |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...
Mmg pelik pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sama dgn akak tu. terpaksa bangun pagi utk campak chicken dalam oven. malam sebelumnya mengupas halia & tumbuk garlic. penat
tak sabar nak dine in jugak. prefer dine in daripada mengadap lunch box di office. tak suka makanan dipanaskan di microwave
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok nya..alhamdulillah rezeki dorang |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...
dia nak mkn atas pinggan rasenye, dan enjoy suasane restoren |
|
|
|
|
|
|
|
Gambaq mana gambaq ? Xde gambaq kira tipu news nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Org Perlis dh blh melangkawi blom? |
|
|
|
|
|
|
|
untung negeri kecik
population kecil
bkn negeri perindustrian
cepat pulih
apa pun hati2 naa org Perelih |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh pusing roundabout sesuka suki |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaruknya masing2 nak mkn kat kedai
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 4-8-2021 05:00 PM
Kalau dah lama terperuk, ofkoz ler excited dapat makan kat kedai. Harap Perlis jaga ler betul2 border tu tapi tetap jugak ada keluar masuk utk urusan kerja dan emergency.
KL dgn Selangor ni laammmmmbatttttt lagi terperuk kat rumah nampak gaya nye. Dah ler population paling tinggi, PATI bersepah. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya dia suka mkn masakan panas kot...panas2 lagi fresh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|