Mengimbau kenangan merangkul gelaran juara di Anugerah Juara Lagu pertama, Francisca Peter kini mencari pembeli baju kurung yang dipakainya ketika berada di pentas itu pada 1986.
Kredit foto: IG
Berkongsi gambarnya menyarung baju kurung berwarna pastel itu ketika mendendangkan lagu Sekadar Di Pinggiran 35 tahun lalu di Instagram, Francisca menceritakan bahawa ia dibeli di Sungai Wang Plaza pada harga RM150.
"Ketika itu ia begitu mahal bagi saya! Beberapa tahun kemudian, saya menyumbangkannya kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana amal.
Kredit foto: IG
"Saya tidak tahu siapa yang beli, tapi jika kamu dari NGO berkenaan atau mengetahui pembeli baju itu, tolong kongsikan maklumat kepada saya kerana saya benar-benar ingin mengetahui kisah mereka dan apa yang berlaku kepadanya," tulisnya.
Tertarik juga nak tahu apa jadi dengan baju itu sekarang. Mungkinkah ada yang mengenali pembeli baju kurung itu di sini? - CARI |