Pandemik Covid-19 banyak mengubah kehidupan manusia dan terpaksa hidup dalam keadaan norma yang baharu.
Bagi seorang gadis berusia 14 tahun, Rose Grady, wabak itu telah mengubah segala-galanya terhadap dirinya.
Kredit foto: Mirror/@Susie Grady
Daripada seorang gadis periang yang mempunyai ramai rakan, Grady menghadapi masalah mental yang teruk sehingga mengakibatkan dia lupa ingatan.
Ujar ibu kepada Grady iaitu Susie, anaknya itu turut tidak mengingati wajah ahli keluarganya, lapor mirror.co.uk.
Malahan Grady tidak mampu melakukan perkara asas seperti makan dan membersihkan dirinya sendiri.
Keadaan Grady yang serius itu menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad sejak tiga bulan lalu namun dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh.
Kredit foto: Mirror/@Susie Grady
Jelas Susie, penutupan sesi persekolahan akibat Covid-19 merupakan titik mula tahap kesihatan Grady makin menurun.
"Saya berpandangan agak sukar bagi remaja untuk memahami mengapa mereka tidak boleh berjumpa dengan rakan-rakan dan mengapa mereka tidak boleh melakukan apa jua yang dilakukan oleh remaja lain.
"Mereka hanya menghabiskan terlalu banyak masa di dalam bilik dan tidak boleh melakukan sesuatu yang menyihatkan diri," katanya.
Sumber: mStar |