Gara-gara insiden pelumba basikal negara, Shah Firdaus yang terjatuh di trek yang kononnya dilanggar oleh seorang lagi pelumba Jack Carlin, segelintir netizen telah menyerang laman instagram pelumba dari Britain itu.
Beberapa batalion Bawang Rangers telah meninggalkan komen yang menghina, mencarut di kemaskini terbaharunya dengan 7,000 komen negatif. Walhal untuk hantaran lain, sekadar 100 komen sahaja.
Serangan bertubi-tubi ini menyebabkan Jack Carlin menutup ruangan komennya.
Budaya menyerang dari rakyat Malaysia ini sebenarnya memalukan kita dan menunjukkan sikap tidak terbuka dalam bersukan.
Foto : IG
Mungkin apa yang diingini oleh bawang rangers adalah keadilan kepada Shah Firdaus, namun sebenarnya ia telah memalukan Malaysia sendiri. Malahan Shah sendiri meminta peminat-peminat tidak menyalahkan pelumba lain atas insiden tersebut.
Foto : IG
Jadi, apabila Jack yang pada mulanya menghadkan ruangan komen kemudiannya terus menutup ruangan komen sudah jelas menunjukkan ramai daripada kita adalah pembuli.
Foto : Twitter
Alahai, sampai macam tu sekali perangai orang-orang kita. Anda rasa bagaimana? - CARI
|