Sebuah pantai di Rio Grande del Norte, Brazil kelihatan seperti lautan air berkarbonat popular sehingga diberi nama sebagai Coca Cola Lagoon.
COCA COLA Lagoon menjadi tarikan popular di Brazil - FACEBOOK
Lapor Oddity Central, air laut yang berwarna hitam keperangan sama seperti warna air gas itu, namun kandungannya sudah tentu berbeza kerana diwarnai dengan kepekatan iodin dan besi serta tiada karbonat.
Coca Cola Lagoon merupakan antara tarikan pelancongan paling popular di Brazil dan amat digemari oleh kanak-kanak kerana jolokan nama yang diberikan.
Semasa musim panas, air pantai yang cetek itu tidak terlalu panas dan sangat sesuai bagi seisi keluarga bermandi-manda.
Kredit foto: flickr
Segelintir pengunjung turut mempercayai kombinasi bahan kimia yang menghasilkan warna air laut itu mempunyai kesan baik kepada kesihatan manusia.
Sumber: Utusan |