Seolah-olah menjadi trend segelintir rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan di atas satu musibah demi tujuan peribadi.
Nampaknya bukan budi baik Allahyarham Siti Sarah yang dihebah-hebahkan namun ada pula yang cuba menumpang. Antara yang diperkatakan netizen ialah apabila usahawan jutawan, Datuk Seri Vida sempat mempromosikan produk makanan yang katanya pernah diinspirasikan oleh arwah.
DS Vida memuat naik di IG Storynya (sebelum dipadam) bahawa ianya adalah impian Siti Sarah empat bulan lalu namun tidak kesampaian kerana arwah sedang mengandung.
Maka, produk tersebut sekarang berada di tangannya lalu sempat mempromosikan harga dan boleh mendapatkannya segera.
Adakah ia bukan pengiklanan pada pendapat anda?
Foto GS
Hal ini membuatkan netizen berasa bengang dan marah!
Foto :Twitter
Kalau tak kontroversi, mungkin tak sah agaknya. Tapi, kubur masih merah kan, tiada empati kah? - CARI
|