View: 2496|Reply: 11
|
Meninggal dunia ketika tidur
[Copy link]
|
|
Meninggal dunia ketika tidur
Restoran di Pekan Sungai Besar yang pemiliknya ditemui meninggal dunia ketika tidur, semalam. - Foto ihsan pembaca
SUNGAI BESAR: Seorang pemilik restoran ditemukan meninggal dunia ketika tidur di restoran miliknya di Pekan Sungai Besar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd, berkata mangsa berusia awal 40-an ditemui pekerjanya di dalam bilik tidur yang terletak di belakang restoran terbabit jam 4 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang juga pemilik dan tukang masak restoran berkenaan.
"Malah, tiada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap kematian mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Agus Salim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat dan saringan Covid-19.
"Bedah siasat akan dibuat sebaik keputusan saringan diperoleh.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial mengenai kejadian yang menimpa pemilik restoran berkenaan yang mendapat perhatian netizen.
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AMARAN : Jangan tanya status vaksin
ada orang yang triggered nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Tukang Masak Meninggal Dunia Ketika Tidur Dalam Restoran
Seorang pengusaha restoran ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya di Sungai Besar pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui seorang pekerjanya dalam keadaan terbaring di atas tilam.
Menurut beliau, polis menerima maklumat kematian mangsa yang juga tukang masak restoran itu apabila dihubungi rakan kira-kira jam 4 petang.
"Siasatan awal polis menolak sebarang unsur jenayah dan lelaki itu meninggal dunia ketika sedang tidur," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Agus Salim berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
"roses bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. +ve covid ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti resto tuu jadi ber antu |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Arwah my father pun meninggal in his sleep over 10 years ago. Tak ada penyakit. Arwah his father pun sama, in his sleep. Moyang tak tau sebab time tu tak hidup lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 11-8-2021 12:27 PM
AMARAN : Jangan tanya status vaksin
ada orang yang triggered nanti
Status faaksin dirahsiakan.. malah kalo tanye ade yang benjol kepale kene hempok karang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|