Pusat Penyelidikan bagi Kajian Jantina mendedahkan sebanyak 120 universiti di Amerika Syarikat mengisytihar Israel sebagai negara apartheid.
Kredit foto: Middle East Monitor
Menerusi kenyataan seperti yang dilihat oleh Days of Palestin, pusat itu menggesa semua aktivis wanita untuk turut sama menyertai usaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.
Kenyataan itu turut mengutuk pengusiran penduduk Palestin secara paksa di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.
Mereka turut bersatu mengecam pencerobohan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa setiap hari serta melakukan tembakan sembarangan di Semenanjung Gaza.
Kredit foto: The Guardian
Apartheid adalah salah satu daripada bahasa Afrika Selatan, yang bermaksud ‘keadaan pemisahan’. Ia merujuk kepada sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum yang telah didirikan di Afrika Selatan.
Sumber: Utusan |