View: 5081|Reply: 39
|
Adibah Noor Gembira Filem Fundamentally Happy Pernah Diharamkan Di Malaysia, Kin
[Copy link]
|
|
Filem kontroversi Fundamentally Happy yang diterbitkan pada tahun 2015 akhirnya kini di tayang di Malaysia menerusi perkhidmatan penstriman, Mubi.
Watak utamanya, Adibah Noor menyatakan kegembiraanya kerana filem yang diharamkan di Malaysia itu kini boleh ditonton.
Filem yang mengangkat kisah gangguan seksual pedofilia antara dua bangsa ini, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF), ianya mungkin mencetuskan huru-hara kerana menyentuh sensitiviti agama dan bangsa
Ia bermula dengan pertemuan kembali jiran berbangsa Melayu (Adibah sebagai Habiba) dengan lelaki berbangsa Cina (Joshua sebagai Eric) selepas 20 tahun.
Pertemuan yang ceria kemudiannya agak tegang apabila Eric mendakwa suami Habiba sebagai perogol kanak-kanak dan mahu mendakwanya di mahkamah.
Ianya membuatkan Habiba berasa marah lalu mempertahankan suaminya.
Foto : IG
Filem yang meraih anugerah skrip terbaik dan penerbitan terbaik dalam Anugerah Teater di Singapura ini melakukan kajian berbulan-bulan dengan berinteraksi dalam komuniti demi menghasilkannya.
Malahan, pengarahnya pada tahun Oktober 2016 berasa kecewa dengan keputusan tersebut dan masih mengharapkan ia mampu ditayangkan nanti.
Mungkin di ketika itu, tanggapan negatif terhadap orang alim masih dianggap taboo, akan tetapi selepas drama bersiri Nur yang membongkar sisi gelap penunggang agama, masyarakat mula membuka mata.
Jadi, bagi yang boleh menerima realiti, boleh menyaksikannya nanti ya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak puas hati tgk Eric lempang balik habiba..lembut sgt..patutnya eric lempang kuat sikit sampai habiba tu terduduk pipi merah kena tampar..rasanya ramai forummer akan bersorak tgk scene nih hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh mubi ni kalau accept payment celcom (deme only terima maxis digi) memang dah lama iol join mubi ni. Ada cerita yang dah lama iol nak tengok kat situ
Yaaa tau, deme ada pakai debit credit tapi iol lebih suka pakai payment fon. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 melayu rmai ler mcm dibah ni. Xcaye laki mcm hamjad.
Ada byk kes si bini suruh mangsa maafkan pemangsa dn hidup mcm biasa sbb anak2. Ehhh bodoh ya! Kalau ada org terdekat aku yg mcm acik ni, mmg aku lempang bertubi2 |
|
|
|
|
|
|
|
iol pun baru bercadang nak subscribe petang ni, sebab nak tengok movie ni lah. oh! ada term2 payment lak ya, ceh!
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul, iol percaya ja ramai yang sanggup buat apa saja, macam watak khiriah tu lah, lakinya Ustaz Madi, sanggup buang mak ayah sebab laki tak guna, haisy geram pula mak
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Azza replied at 13-8-2021 11:05 AM
iol pun baru bercadang nak subscribe petang ni, sebab nak tengok movie ni lah. oh! ada term2 p ...
yeee nyahhh
iol haritu dah seronok dahhh ni reg siap dah dengan harapan dapat tengok cite yang iol memang nak tengok sangat ni,
sekali lerrrr payment untuk tolak kredit dari telco celcom yilekk. yang ada Maxis digi, debit@kredit, paypal
terus iol carutz 7 petala langit
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow mcm menarik.. ada vibe movie arwah Yasmin Ahmad. |
|
|
|
|
|
|
|
asyik2 ustaz pedo ja.. cer buat paderi pedo, tok sami pedo ka.. hihihihihi... adakah reaction sama kita akan dpt? |
|
|
|
|
|
|
|
mama_neko replied at 13-8-2021 11:45 AM
asyik2 ustaz pedo ja.. cer buat paderi pedo, tok sami pedo ka.. hihihihihi... adakah reaction sama k ...
Try tgk documentary The Keepers pasal sexual abuse oleh high school's chaplain. mangsa2 x dpt keadilan pun sbb pihak gereja cuba tutup kaw2. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. buat la kat malaysia movie pasal church pedo.. asyik2 ust madi ja.., pastu keluar la komen2 tak sedap, siap ada tuduhan2 kat nabi kita.. . kalau kes gereja seal shut... tapi aku tgk the keepers ni, mmg naik darah aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
biasala. movie2 tanda putera tu bergasak protes kan. movie yang ni disambut hehe |
|
|
|
|
|
|
|
yg buat dan arah cite ni cina kapiak kan.. adui2.. buat cite pasal toksami blh? duit derma bank in kat bank buat fixed depo |
|
|
|
|
|
|
|
mubi ni sebulan brp bayar? |
|
|
|
|
|
|
|
nordin84 replied at 13-8-2021 12:38 PM
mubi ni sebulan brp bayar?
Kalau tgk website dia tulis membership rm10/bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Azza replied at 13-8-2021 11:05 AM
iol pun baru bercadang nak subscribe petang ni, sebab nak tengok movie ni lah. oh! ada term2 p ...
Rasa boleh Google pay topup di 7e |
|
|
|
|
|
|
|
mama_neko replied at 13-8-2021 12:23 PM
tu la.. buat la kat malaysia movie pasal church pedo.. asyik2 ust madi ja.., pastu keluar la kome ...
Kann sama gak geram tgk chaplain tu. Sekadar ditukarkan ke sekolah lain je lps buat onar kat sekolah lama. |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa dia mungkin ramai lagi and mungkin dah ditidurkan pun... church akan buat apa sahaja nak lindung pedo2 depa ni... |
|
|
|
|
|
|
|
harusla depa tak kan buat... kes paderi pedo and tok sami pedo wajib disenyapkan supaya depa nampak suci dan boleh berterusan bashing islam dan melayu..
|
|
|
|
|
|
|
|
mama_neko replied at 13-8-2021 02:01 PM
mangsa dia mungkin ramai lagi and mungkin dah ditidurkan pun... church akan buat apa sahaja nak li ...
Aiyooo dahsyat ye institusi church dorg.. ditidurkan tu maksudnya dibunuh? Mcm yg jd kat cikgu dorg tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|