Seorang wanita tanpa memakai pelitup muka bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang memasuki sebuah pasar raya di Kampung Jawa, dekat sini.
Insiden berdurasi satu minit 17 saat itu tular di laman sosial sejak Khamis.
Berdasarkan rakaman itu, kelihatan seorang pekerja wanita dan seorang lelaki cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Rakaman seorang wanita tanpa memakai pelitup muka bergaduh dengan pengawal keselamatan tular di media sosial sejak Khamis.
Lelaki berkenaan meminta wanita yang tidak memakai pelitup muka itu agar keluar daripada pasar raya berkenaan, namun wanita tersebut memberi alasan mahu membeli barang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Kejadian pergaduhan itu dipercayai disebabkan perselisihan faham kerana wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan pengawal keselamatan tersebut," katanya.
Kredit: Kosmo
Sementara itu, Kosmo melaporkan komen seorang pengguna dikenali Kecik FZ Gaming yang merupakan pekerja di pasar raya berkenaan memaklumkan wanita terbabit dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera.
“Perempuan itu langgar pengawal keselamatan dengan troli dan mengamuk secara tiba-tiba gara sebelum memukul kerana tidak boleh masuk (pasar raya).
“Memanglah salah sebab pengawal keselamatan itu pukul balik tetapi dia cuma jalankan tugas memeriksa aplikasi Mysejahtera,” katanya.
Sumber: Sinar Harian/Kosmo |