View: 5170|Reply: 59
|
Pekerja Asing Merusuh, Tak Puas Hati Rakan Mati
[Copy link]
|
|
Melaka: Polis menafikan beberapa pekerja Bangladesh mati dalam kejadian rusuhan membabitkan sebahagian kecil daripada keseluruhan 680 pekerja di Asrama Pekerja Asing Kilang Recron, Pantai Puteri, Tanjung Kling, dekat sini, malam kelmarin.
Sebaliknya, hanya seorang pekerja ditemukan tidak sedarkan diri di asrama berkenaan yang kemudian disahkan meninggal dunia yang dipercayai menyebabkan sebahagian kecil pekerja tidak puas hati kerana mendakwa pengawal keselamatan gagal mengambil tindakan segera menyelamatkan rakan mereka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang pengawal keselamatan dan beberapa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memasuki kawasan asrama untuk mengambil seorang pekerja lelaki yang dilaporkan tidak sedarkan diri.
Foto: Harian Metro
Bagaimanapun, beberapa rakan pekerja terbabit tidak puas hati kerana mendakwa pengawal keselamatan gagal mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka.
"Beberapa pekerja asing melontar batu ke arah pengawal keselamatan dan petugas KKM yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari kawasan asrama.
"ekerja merosakkan pondok pengawal keselamatan di pintu masuk utama tetapi keadaan berjaya dikawal selepas sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki terbabit dibawa ke Hospital Melaka tetapi kemudian disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Siasatan mendapati kejadian itu menyebabkan kerosakan pada pejabat pengawal keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), peti penggera kebakaran, motosikal Honda Wave milik pengawal keselamatan dan ambulans kemek serta calar.
"Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dan kerosakan dianggarkan bernilai RM22,000, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kejadian melalui media sosial.
Klip video kejadian itu tular di media sosial dengan kebanyakan netizen mendakwa ramai pekerja asing meninggal dunia.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, asrama berkenaan menempatkan 680 pekerja asing Bangladesh, Indonesia dan Nepal.
Katanya, mereka sudah menjalani ujian calitan semalam dan pekerja yang disahkan positif Covid-19 sudah dipakaikan gelang merah jambu, selain diasingkan di asrama berkenaan.
"Segala kos makan dan minum sepanjang mereka dikuarantin ditanggung oleh majikan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hantaq balik ler....bg org kita yg hilang pekerjaan bekerja disitu...bila hidup senang depa lupa diri sampai rosakkan harta syarikat |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik lg, bawa masuk lagi
Esok2 ramai2 diorang berpakat merusuh 1 malaysia plak |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah laa.. dok hadap sangat dengan Bangla ni bawa masuk berjuta kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
bang la pun ada perasaan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu, rakyat malaysia tak nak kerja berat, nak duk ofis aircond jach.
Morning tea hisap rokok lepas tu hadap komputer.
So sapa lagi yang nak diharap buat kerja berat buruh kasar kalau bukan mat bangla |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 14-8-2021 03:00 PM
Hantaq balik ler....bg org kita yg hilang pekerjaan bekerja disitu...bila hidup senang depa lupa dir ...
Kasi tangkap pekerjanyg baling Batu Tu...mcm sial je baling Batu..dah Tu ko nak tgk kawan konti mereput kat situ then sebarkan kat org lain pulak ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wirazam at 14-8-2021 03:34 PM
makcun14 replied at 14-8-2021 03:27 PM
Dah tu, rakyat malaysia tak nak kerja berat, nak duk ofis aircond jach.
Morning tea hisap rokok le ...
Kena revamp our ipta/ipts nih...kurangkan ipta/ipts dan byknya kolej yg offer vokasional and skills..
Bila dah ada degree diploma ni, kbykn agak segan nak kerja bwh dari level tu..pandangan masyarakat pun satu..aiyohhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangla pun maknusia |
|
|
|
|
|
|
|
1 kilang dah ramai mcm tu.. berapa byk kilang2 dlm msia?... semak penuh pendatang asing je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
satu kepala masuk dpt itu in RM4-6K
gaji mereka 20% masuk poket lagi
medical fee masuk lagi
renewal masuk lagi
mcm2 lagilah masuk sbb tu org politik kaya raya
|
|
|
|
|
|
|
|
Majikan kena ingatkan pekerja hari2, yg hospital sesak ambulance sibuk, kalau worker kena covid ka kena tikam cedera ka, kena kanser ka, hospital sesak susah mendapat tempat. Pekerja asing bersiap sedia mati terus tanam tak dak kasi pulang, tak dak saudara mara tgk, apa pun tarak. |
|
|
|
|
|
|
|
yang spm holder pun demand nak keje mudah depan pc... ada tu siap tanya ada tak keje yang boleh dia duduk sambil online sebab buat dropship... bangang abadi nak buat keje lain waktu keje hakiki...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bela la lg ramai2... |
|
|
|
|
|
|
|
bawak jeee ramai2 masukkkk
kan ada orang kita ni shayang3 dengan deme
bawak ramai2 masuk
nanti dah tunggang terbalik malaya ni
yang dok shayang3 deme ni, masing2 pindah obersi
tinggallah marhaen yang terpaksa kasi bersih deme ni |
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing berani betul buat perangai kat malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tu baru sikit merusuh.. bayangkan....................... |
|
|
|
|
|
|
|
acik kepam bukan faham eco system ekonomi tu perlu balance. sikit2 hantar balik.
tanpa pekerja2 asing ni the whole system akan collapse dengan dia2 sekali takde kerja dia tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|