View: 12176|Reply: 66
|
Muka Cantik Bukan Jaminan, Anna Jobling Usaha Keras Nak Glamour
[Copy link]
|
|
Perjalanan Anna Jobling dalam industri seni hiburan tidak hanya berbekalkan raut wajah kacukan Inggeris-Melayu yang jelita, sebaliknya sejak usia belasan tahun lagi, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman sudah berusaha keras.
Ketika umurnya 15 tahun, Anna sudah bergelar model yang menghiasi iklan komersial televisyen dan majalah.
Foto: IG
Kemudian ketika menjengah usia 18 tahun, dia memberanikan diri mencuba nasib dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019 sebagai salah satu platform untuk memasuki dunia seni.
Biarpun sekadar memenangi tempat keempat, Anna tidak berputus asa sebaliknya sedaya upaya membina nama dan mencari hala tuju terbaik buat dirinya.
Siapa sangka, hari ini Anna mampu menarik nafas lega apabila menerima tawaran demi tawaran sebagai pelakon yang masih hijau dalam kanvas seni hiburan.
"Ketika mula-mula terjun dalam bidang ini, saya akui tidak yakin kerana kemampuan bahasa Melayu yang lemah. Sebaik program Dewi Remaja tamat, saya ada menerima tawaran berlakon tapi terpaksa tolak kerana skripnya dalam bahasa Melayu dan saya enggan menyusahkan kru produksi.
"Jadi, pada waktu itu saya hanya ambil peluang mengikut kemampuan diri iaitu menerima tawaran skrip berlakon dalam bahasa Inggeris sahaja.
"Tapi bermula awal tahun lalu, saya memberanikan diri mencuba nasib dan akhirnya drama Shah Alam 40,000 menjadi projek pertama saya. Malah, saya mengaku banyak berlatih bertutur dalam bahasa Melayu ketika berada di lokasi penggambaran dan akan bertanya jika ada kesalahan sebutan.
"Ibu saya yang berketurunan Melayu menjadi individu paling banyak membantu saya untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa kebangsaan ini. Dengan inisiatif dibuat, saya harap dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik," katanya.
Tambah Anna, wajah kacukan yang dimilikinya bukan satu jaminan akan menerima tawaran berlakon yang melimpah-ruah.
Bagaimanapun, Anna tidak menafikan ada watak yang bersesuaian dengan dirinya.
"ada awalnya saya ada terfikir perkara sama, tapi sebenarnya ada saja watak yang sesuai dengan saya. Lagipun sekarang ini saya dah boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, jadi akan memudahkan urusan penggambaran," katanya.
Penyertaannya dalam program Dewi Remaja sememangnya tidak disangka-sangka kerana Anna tidak meletakkan sebarang harapan tinggi, namun bersyukur apabila dia terpilih untuk bersaing dengan peserta lain meskipun, tidak memenangi pertandingan itu.
"ada awalnya saya sekadar mencuba nasib saja dan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.
"Sejujurnya tak sangka dapat nombor empat, kerana beberapa kali saya menduduki tempat terendah dan tertanya-tanya kenapa saya tidak disingkirkan.
"Tapi saya percaya mungkin inilah jalan dan cahaya untuk saya memasuki dunia seni. Kalau kita tengok, ada juga peserta Dewi Remaja yang tidak menang sebelum ini tapi berjaya menempa nama dan dikenali.
"Bagi saya, semuanya bergantung kepada usaha dan kerja keras untuk merencana perjalanan dalam bidang seni yang diceburi ini," katanya.
Penularan Covid-19 dalam negara sejak tahun lalu hingga kini, tidak dinafikan menjadi penghalang kepada wanita jelita ini untuk menyusun karier seninya sebagai pelakon.
Namun, Anna percaya rezeki tidak akan pernah salah alamat dan akan menanti setiap peluang itu apabila semuanya sudah kembali pulih.
"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya banyak habiskan masa bersama keluarga dan kucing kesayangan.
"Saya juga kerap membaca buku dan menonton drama menarik untuk menimba lebih banyak ilmu baharu.
"Tipulah kalau tak sedih apabila perjalanan seni saya sedikit tergendala sebab banyak perancangan yang sudah diatur oleh pihak pengurusan tapi, tiba-tiba PKP ini berlangsung dalam tempoh yang panjang.
"Saya reda dan demi keselamatan rakyat Malaysia, kita perlu bersatu untuk mengekang penularan wabak berbahaya ini," katanya yang sudah selesai menerima dua dos vaksin pada Julai lalu.
Dalam perkembangan lain, drama Shah Alam 40,000 yang dibintangi Anna kini menemui penonton di slot Akasia TV3, jam 7 malam.
Selain Anna, drama terbabit turut dibintangi Rita Rudaini, Datin Paduka Umie Aida, Aedy Ashraf Fadlan Hazim dan ramai lagi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh ingatkan dia ni non moslem. Duduk luar negara ke sebelum ni xpandai ckp melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak iras si saffie la plak.. haiishhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya kucing sheols
raWrr |
|
|
|
|
|
|
|
Gambr 1st, mcm Izara, selepas2 tu macam...ala tak ingat nama pulak...yg pasti meols dah lama tak tgk tv. |
|
|
|
|
|
|
|
mix2 pun gen melei tetap totok
version amelia Henderson ceruk hulu |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu tertgk drama lakonan dia...memula ingatkan amelia H |
|
|
|
|
|
|
|
Muka iras2 kudsia kahar kat certain angle.. |
|
|
|
|
|
|
|
kene muka melayu baru boleh letop. senang nak fit in watak tempatan.
takkan watak muka anak pekebun keladi tegar nama johari, watak pekerja kilang, watak nurse klinik desa tapi muka kacukan charlize theron.
nasib ada mimi lana
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul kak nam..muka cantik saja tak menjanjikan apa2..
Kalau nk dipanjang haruslah ada aura mengeletis.. mcm acik ain paing..
Berbekalkan layanan heols, menjejes air lio jantan keberet mengekor die..encik PTD pun tak boleh lupa walaupun dirumah isteri masih dalam pantang..
Hahaha..story over nau nau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah....chuols mix apa??
Sheols ni iras amelia yach n sometimes nmpak cam juling air
Matilanak tapi cantik jerr
|
|
|
|
|
|
|
|
dh lama tgu benang psl dia keluar since tgk ilan drama Shah Alam 40000.
serius ckp, aku x tgk drama tuh sb ada minah ni. ular dlm Dewi Remaja. aku tak kata sikap team dewi minum arak tu betul ye, tp cara dia tikam kawan tu mmg x patut. korang nk ckp pahala dosa, korang tilik leklok retis kesayangan korang suci sgt ke dari minuman keras, pub semua tu? aku x suka pun team diorg wat dosa, jgn kata aku sokong plk.
kalau aku la jd kawan2 dia or artis yg blakon sama2 dia, aku akan terlalu berhati2. sb dia ni makan dalam. depan baik je tp syp2 jatuhkan org yg lbh berpotensi dari dia. tp ye lah, aku bukan sesiapa kan so aku diam2 je taip komen, sb td aku cakap "kalau" kan ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 16-8-2021 09:50 AM
mix2 pun gen melei tetap totok
version amelia Henderson ceruk hulu
for me, amelia henderson itu mix, but muka lawa biasa je, since dia ada mix dgn sri lanka also. Tak lawa sangat mix dia, cantik yang lawa mcm juliana e and emma. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahir dan membesar kat Malaysia tapi lemah bertutur dalam bahasa melayu. Orang asing yang baru tinggal kat Malaysia kejap je dah mahir bertutur dalam bahasa melayu. Buat malu je golongan macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mix yg biasa..x rasa nak tngok selalu..x tau la real life mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols cantik tapi plain. Macam elsa sandha. Selisih bahu tengah jalan pun tak kenal yang tu retis. |
|
|
|
|
|
|
|
muka typical singh je. cantik jelita pe nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis cantik yg sendu pandang pun jemu mana nak laku
Hah rhymes gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul2 cantik memang laku je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|