CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 7

Ingatkan Mengandung, Rupanya Perut Penuh Dengan Ketumbuhan

[Copy link]
Post time 16-8-2021 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja perempuan tidak menyangka bahawa keadaan perutnya yang membesar seperti kandungan berusia sembilan bulan sebenarnya mempunyai ketumbuhan bersaiz sebiji bola sepak, lapor akhbar Daily Star semalam.


Abi Chadwick, 19, mengakui bahawa dia telah cuba untuk berdiet, namun keadaan perutnya masih sama sehingga dia mula mengalami kesakitan teruk pada bahagian perutnya.


Selepas berjumpa doktor, Chadwick disahkan mempunyai ketumbuhan bersaiz 33 sentimeter di dalam perutnya.


Foto: SWNS




“Saya belum pernah melihat seseorang mempunyai ketumbuhan sebesar itu.


“Saya menyangkakan ia hanya bersaiz kecil dan akan hilang, namun akhirnya saya mendapat tahu bahawa perut saya dipenuhi  ketumbuhan tersebut,” katanya.


Tambah Chadwick, dia mula menyedari masalah itu selepas mengalami kenaikan berat badan mendadak sebanyak 13 kilogram.


“Perut saya amat keras dan apabila saya keluar ke kedai, orang melihat ke arah saya seperti seorang wanita yang sedang hamil sembilan bulan.


“Orang di sekeliling memberitahu bahawa saya sedang hamil, namun saya fikirkan ia hanya disebabkan saya sudah menjadi gemuk,” ujarnya.


Bagaimanapun, selepas pakar mengimbas bahagian abdomennya, mereka terkejut apabila menemui satu ketumbuhan bersaiz besar yang perlu dibuang  segera.


“Ketumbuhan itu mungkin telah berada di dalam perut saya sejak lahir dan saya tidak pernah menyedarinya,” katanya.


Chadwick kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan kini, dia boleh hidup seperti gadis normal yang lain.


“Saya gembira kerana tidak lagi kelihatan seperti wanita yang sedang hamil,” ujarnya.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dulu2 mungkin dikata kena buatan orang atau santau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 10:44 AM | Show all posts
aku pun nk check kt hospital la.... makin besar perut ni... tmbh2 PKP ni...

mana tahu ada ketumbuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la omputih
Kalau kat sini dah kena tuduh mengandung luar nikah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah melepasi 9 bln 10 hari x beranak2 jgk either lelemak tepu or ketumbuhan {:shy
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 09:12 PM | Show all posts
Baca tajuk dlm keadaan mngantok 'perut penuh dgn tumbuhan'. Laju2 tekan rupanya salah baca 'ketumbuhan'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang: Kalau dulu2 mungkin dikata kena buatan orang atau santau.

Busung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada la tu makanan yang buatkan ia makin membesar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.137444 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list