View: 15011|Reply: 186
|
'Dulu lebih 200 kes kecemasan Covid-19, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja' - Pe
[Copy link]
|
|
'Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja' - Pengarah HKL
BERNAMA
Kuala Lumpur: Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, hari ini pengarahnya mengesahkan perkara itu.
Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku sejak sebulan lalu dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini.
"Alhamdulillah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu, boleh nampak penurunan kes yang masuk melalui Jabatan Kecemasan.
"Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja," katanya ketika ditemui di HKL.
Beliau yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada situasi ini.
Dr Rohana berkata, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan amat ketara terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.
"Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin," katanya.
Beliau berkata, lebih melegakan, keadaan terkini itu turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.
Dr Rohana yakin bahawa trend penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan Covid.
"Juga inisiatif kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan sama ada secara klinikal atau bukan klinikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL," katanya.
Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad untuk merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.
Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.
Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan, begitu juga dengan puluhan tangki oksigen dan ventilator.
Katil katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.
"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan," katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook.
Disiarkan pada: Ogos 15, 2021 @ 7:13pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni doktor Rohana dari Hospital Serdang dulu tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 15-8-2021 08:37 PM
Ni doktor Rohana dari Hospital Serdang dulu tu ke?
Ye dia dah tukar ke hkl baru lagi dlm sebulan 2 lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah..ada harapan…blh frontliner keje dgn tenang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab pesakit tak pergi hospital or call PKD takde jawapan lalu meninggal kat rumah. BID cecah 1/3 kematian bukan sesuatu yg patut dibanggakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas tgk liputan Buletin Utama tadi.
Alhamdulillah, lega sket tengok banyak katil kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 15-8-2021 08:50 PM
syadq replied at 15-8-2021 08:43 PM
Sebab pesakit tak pergi hospital or call PKD takde jawapan lalu meninggal kat rumah. BID cecah 1/3 k ...
BID dikalangan BWN pun tinggi skrg. Tapi situasi ni khas utk HKL je. |
|
|
|
|
|
|
|
syukur la..ada harapan la kita semua berjemur nnti..semoga cpt berakhir..perit rugi dua tahun umo..xblh nk ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Hope semua hospital di klang valley ada penurunan utk stage 3, 4 and 5. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 15-8-2021 08:44 PM
Baru lepas tgk liputan Buletin Utama tadi.
Alhamdulillah, lega sket tengok banyak katil kosong.
Nanti ada lah acik acik kepam yg kata katil kosong sbb ramai dah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ala kulli haal.
ade kat Buletin Utama ditunjukkan tadi wards kat HKL. |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa macam awal lagi untuk dihebahkan walaupon berita baik. KKM kan selalu di backfired.
|
|
|
|
|
|
|
|
syadq replied at 15-8-2021 09:08 PM
I rasa macam awal lagi untuk dihebahkan walaupon berita baik. KKM kan selalu di backfired.
Awal tak awal, sekali sekala dengar benda positif ape salahnye, banyak sgt negatif pun tak elok jugak terutama utk orang2 yg ada anxiety. Kalau ikut kata pengarah HKL pun dari bulan lepas lagi dah start ada penurunan, tapi baru sekarang share bila katil dah byk kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..
nak tau juga situasi semasa di hospital sg buloh dan hospital klang.. harap trend yang sama juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ... moga terus menurun ... dan di hospital2 yg lain juga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Credit to frontliner dan gov sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|