Sosial media sekarang memang panas dengan isu kredibiliti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rentetan itu, rintihan dan rayuan artis di media sosial didakwa netizen sebagai membodek atau dalam erti kata sebenar, mereka dibayar untuk berkata demikian.
Pengguna Twitter ini telah mengumpulkan senarai artis yang didakwa mendapat pendapatan lumayan itu.
Senarai tersebut dimulakan dengan penyanyi Mila Jirin yang memuat naik kesedihannya mengenai ura-ura tersebut.
Ianya diteruskan dengan penyanyi Heliza Helmi yang memuat naik gambar Muhyiddin dan perasaan sedihnya.
Foto : IG
Manakala berada di tangga keempat dan seterusnya ialah Johan Asaari, Faizal Tahir, Linda Rafar, Ellie Suriati dan Fizz Fairuz.
Foto : Twitter
Bagaimanapun, akaun tersebut kemudiannya dipadamkan dan senarai artis ini tetap menimbulkan tanda tanya.
Persoalannya, salah kah artis mempunyai pendirian politik sendiri? - CARI
|