Penyanyi Yasin Sulaiman berkongsi pendapat tentang risiko golongan antivaksin dijangkiti wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, masyarakat tidak perlu takut pada golongan yang tidak mengambil vaksin Covid-19 kerana secara teorinya, mereka akan lebih terkesan berbanding yang telah divaksin.
Kredit foto: IG Yasin
"ada teorinya, orang dah lengkap vaksin lebih kalis Covid dan orang yang tak ambil vaksin lah pada teorinya yang akan lebih terkesan dengan bahaya Covid.
"Dengan erti kata lain, golongan antivaksin lah sebenarnya yang perlu takut pada golongan yang ambil vaksin sebab tak lama lagi, golongan vaksin akan mundar mandir pergi mall (macam aku) bawa Covid tanpa kesan sebab imun kuat.
"Tapi bila bawa pada yang tak vaksin boleh jadi yang tak vaksin itu mati. Itupun kalau vaksin yang kita dah cucuk ini ada baik lah," kongsinya di Instagram.
Kredit foto: IG Yasin
Apapun, Yasin berharap Allah SWT membebaskan manusia daripada wabak berbahaya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pendapat berbeza tentang apa yang diperkatakan Yasin itu.
setuju dengan statement yasin... sebab tu walaupun dah dapat complete dose tapi tetap tak berani balik kampung rentas daerah... kami kat Fasa 2 boleh dah rentas daerah.. tp memikirkan anak2 sedara kat kampung tu... nanti tak pasal2 kita pula jd pembawa virus dalam keluarga di kampung... sebab kita yg complete dose ni bukannya kebal covid... kita tetap boleh kena cuma bezanya kesan pada kita ni hanya seperti selsema & batuk biasa jer... tapi bila kena pd yg belum vaksin... tu yg akan bahaya..... tak per lah... aku sanggup sabar tak balik kampung asalkan bukan jadi penyebar pd ahli keluarga ...
Post time 16-8-2021 08:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
twins: setuju dengan statement yasin... sebab tu walaupun dah dapat complete dose tapi tetap tak berani balik kampung rentas daerah... kami kat Fasa 2 boleh ...
apa ko merepek ni dik, orang yg dah vaksim takkan jangkiti orang yg belum vaksin tapi org yang belum vaksin tu la yang akan bagi jangkitan pd yang belum vaksin. Ada tengok cerita law and order kisah budak tu kena jangkit penyakit campak tapi mak pak dia bawa dia pergi main kat taman, tapi sebab budak2 lain yg main kat taman yg sama tu pun belum vaksin(sebab budak2 kecik kena cukup umur baru divaksin) maka habis semua budak yg kat taman tu kena jangkit dan mati. Kat hawaii tu ada kes wabak campak, ramai budak2 kecik kat sana mati kena penyakit campak sebab belum vaksin(tengok kat tv show 90days fiance)