Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu kos melakukan ujian saringan 'reverse transcriptase-polymerase chain reaction' atau RT-PCR bagi COVID-19 dikurangkan.
Tegas beliau, ujian saringan RT-PCR yang menjadi antara cara menangani coronavirus perlu ditetapkan pada harga sekitar Rp450,000 (RM135) sehingga Rp 550,000 (RM165) saja.
Kredit foto: The Conversation
"Saya sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) mengenai hal ini, saya minta biaya ujian RT-PCR dipastikan berada dalam lingkungan harga ini.
"enurunan harga standard ujian RT-PCR perlu menjadi upaya kita untuk banyakkan ujian dalam kalangan masyarakat," katanya menerusi siaran di Youtube Sekretariat Presiden semalam.
Selain itu, beliau juga mahu semua hasil ujian saringan RT-PCR diperoleh dalam tempoh 24 jam
Berdasarkan tinjauan, harga atau kos RT-PCR di Jakarta adalah di sekitar Rp800,00 (RM240) hingga Rp1 juta (RM300) manakala ujian antigen sekitar Rp75,000 hingga Rp200,000 (RM22-RM60).
Seorang kanak-kanak menjalani ujian COVID-19 di Banda Aceh, Indonesia. - Foto AFP
Tahun lalu, harga ujian RT-PCR di semua hospital di seluruh Indonesia ditetapkan pada Rp900,000 (RM265) dan hanya perlu dibayar oleh penduduk yang membuat ujian tanpa arahan pihak berkuasa kesihatan.
Manakala, mereka yang menjalani ujian RT-PCR atas keperluan mengesan kontak rapat pesakit COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma.
Sumber: BERNAMA |