View: 1508|Reply: 2
|
Gemarkan Jenama Tempatan, Yuna Kini Wajah Rasmi myIOU
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan komposer antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna dilantik sebagai wajah rasmi myIOU, perkhidmatan baharu keluaran sebuah syarikat fintech dan kewangan digital, IOUpay.
Yuna berkata, myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) sesuai peniaga dan usahawan atas talian khususnya sebagai pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.
Kredit foto: IG Yuna
“Saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar dari sebelum ini.
“Saya juga mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU. Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan terus berkembang dalam menjana pendapatan,” katanya.
Tambah Yuna, dia juga akan terlibat dalam kempen dan aktiviti promosi secara atas dan bawah talian melalui pelbagai jenis media.
“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi. Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Komersial Wilayah IOUpay, Christopher Kok, berkata, pemilihan Yuna sebagai wajah rasmi produk dilihat mampu mengeratkan jurang pelanggan dengan perniagaan tempatan demi membantu mengembangkan lagi sayap perniagaan di kala musim pandemik ini.
“Sebagai pemain peranan utama industri BNPL di Malaysia, kami selalu mencari pihak-pihak yang mempunyai misi dan visi seperti kami.
“Gabungan Yuna dan myIOU sangatlah sesuai kerana nilai-nilai yang dibawa kedua-dua pihak adalah amat selari dengan matlamat kami,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 16-8-2021 03:30 PM
Ni bukan gosip bingai
hihi.. kan dah kena bingai ngan Kurex |
|
|
|
|
|
|
| |
|