View: 1453|Reply: 13
|
Nyaris Maut Ditembak Kekasih Isteri Ketika Pasang WiFi
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki nyaris maut ditembak kekasih isterinya dalam satu kejadian kelmarin.
Lapor Tribunnews, mangsa hanya dikenali sebagai ES, 39, terselamat kerana dia berpura-pura mati selepas ditembak suspek.
Menurut polis, kejadian berlaku pada Sabtu lalu itu menyaksikan mangsa ditembak pada tangan dan kepala oleh suspek dalam jarak dua meter.
Jelas polis, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai jurutekni WiFi hendak memasang jaringan Internet di Desa Karang Pandan, Desa Sukolilo, Surabaya, Jawa Timur.
Mangsa pergi lokasi pemasangan tersebut ditemani anak keduanya.
Ketika melakukan pemasangan, suspek tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan ke arah mangsa disaksikan anaknya.
Mangsa pada mulanya ditembak pada bahu sebelah kiri dan dia rebah, lalu berpura-pura mati.
Kemudian, suspek menembak mangsa sekali lagi dan mengenai kepalanya.
Namun, mangsa bernasib baik kerana peluru hanya mengenai bahagian tepi kepalanya.
“Mangsa dan isterinya kini dalam proses perceraian dan dia tidak tahu isterinya mempunyai kekasih. Suspek ditahan selepas wajahnya dicam anak mangsa yang menyaksikan bapanya ditembak.
“Anak mangsa mengenali suspek kerana lelaki itu sering berjumpa dengan ibunya,” kata polis.
Polis memaklumkan, motif perbuatan adalah disebabkan oleh suspek sakit hati kerana hubungannya dengan isteri mangsa sudah terbongkar.
Selain itu, polis turut menahan dua lagi lelaki yang didakwa merupakan rakan subahat yang membantu suspek menembak mangsa.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Oh. Negara IQ gorila. Ingatkan Mexico. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila lah.. Kobid2 buat hal mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa, kantoi hubungan abis nak marah kenapo? Orang tu pun memang nak cerai dah.. ke ko ada gefren lain pulak so tak nak dorang cerai? Eh pening la |
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul mamat gemok tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-8-2021 09:08 PM
Oh. Negara IQ gorila. Ingatkan Mexico.
Kan. Mula2 baca pun ingatkan kat Mexico. |
|
|
|
|
|
|
|
Apooo
Orang tu nak cerai dah
Isk isk isk |
|
|
|
|
|
|
|
dh la skendel ngn bini org tu..patut laki perempuan tu tembak kekasih bakal bekas bini kan..dlm kes ni ank dorg tu bgs..cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah ceraikan isterinya tu.. biar terkontang kanting sendiri. Suami dah taknak, bf masuk lokap. Biorrr |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya ada ura2 awek dia nak rujuk balik tak jadi cerai kot. Tu yg dia ngamuk hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Moga mangsa selamat dan diberi kesembuhan segera. Aamiin
Jahat amat ya si oyen gundu ini
Mungkin dia menyamar jadi pelanggan & suruh mangsa datang rumah utk pasang wifi
Rupanya itu taktik nak bunuh somi skandal dia
Lepas ni kalau sioyen gundu kena ikat jamin, purak purak pergi rumah dia pakai full ppe kunun nak buat swab test
Pada alat calitan tu letak virus covid agar beliau tahu erti penyesalan |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-8-2021 09:08 PM
Oh. Negara IQ gorila. Ingatkan Mexico.
indon ni biasa kalau dua suami
aku jumpa bnyak dah..
islamkah mereka...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|