Seorang jururawat berhenti dari kerjaya perubatannya setelah rakannya menemui akaun lucahnya dalam talian.
Allie Rae membuat akaun Onlyfans sebagai kerjaya separuh masa kerana mempunyai kesungguhan sebagai jururawat.
Namun, rahsianya terbongkar apabila pihak pengurusan memanggilnya dan memberi amaran.
"Saya jadi tak selesa sebab orang lebih menumpukan perhatian pada apa yang saya buat di luar hospital berbanding prestasi saya di hospital."
Foto aily Star
Jadi, Allie mengambil keputusan berhenti sebagai jururawat lalu menjadikan akaun Onlyfans sebagai pendapatan utamanya, seperti yang dilaporkan Daily News.
"Saya suka bekerja di hospital, akaun OnlyFans pula sebab saya suka dan banyak membantu kewangan kami.
Tapi, mereka tak faham semua tu."
Bagaimanapun, Allie turut mengakui yang ianya menguntungkan apabila mendapat USD75,000 kira-kira RM318,000 sebulan
Lebih baik, dia tidak perlu lagi bekerja keras bertukar shif selama 14 jam selepas ini.
Foto aily Star
Jadi, dengan kerjaya sepenuh masanya ini, Allie dan suaminya lebih bereksperimen tentang seks.
"Tak pernah terfikir, video kami berhubungan intim boleh dijual kepada orang yang tidak dikenali."
Namun, Allie berkata, mereka tidak menjual diri dalam talian kerana ianya sekadar satu pekerjaan. - CARI |