Penyanyi Rap Nicki Minaj dan suaminya Kenneth Petty disaman seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol Petty pada 1994.
Wanita yang kini berusia 43 tahun mendakwa dia diserang Petty ketika berusia 16 tahun di Queens, New York City.
Nicky Minaj, 38, dituduh menghubungi keluarga mangsa dan berbohong kepada pengikutnya di media sosial mengenai kejadian itu.
Kredit foto: The New York Times
Mangsa mengajukan tuntutan di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Timur New York dengan mendakwa ditawar 500,000 USD bersamaan RM2.1 juta kepada mangsa untuk menutup cerita, lapor TheGuardian.
Wanita itu menolak tawaran yang diberikan oleh Nicky Minaj kemudian mendapat gangguan dan ancaman daripada penyanyi itu.
Sebelum ini, Kenneth ditahan kerana disyaki memperkosa dan kemudian mengaku bersalah atas cubaan memperkosa dan menjalani hukuman penjara empat setengah tahun.
Mangsa disahkan mengalami kemurungan dan paranoid kerana pergerakannya diekori serta menerimana gangguan dan ancaman daripada Nicky Minaj, Kenneth Petty dan rakan-rakan mereka.
Sumber: mStar |