View: 1407|Reply: 12
|
Mati Ditembak Kawan Sendiri Semasa Berburu
[Copy link]
|
|
Keningau: Lelaki maut dipercayai tertembak oleh rakannya ketika berburu di kawasan kebun Kampung Sunsuron, Tambunan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat beberapa kesan tembakan di badannya.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mangsa dan rakannya yang juga suspek berusia 25 tahun melakukan aktiviti berburu di kawasan berkenaan.
Foto: Harian Metro
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tambunan untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pada hari yang sama dan bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menahan suspek terbabit.
Katanya, polis turut merampas selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, kelongsong peluru dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
"Hasil semakan mendapati suspek adalah penganggur yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Suspek direman selama enam hari bagi tujuan siasatan. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan mana-mana saksi diminta tampil untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.
Sementara itu, Shahrudin menasihatkan penduduk setempat agar mengambil iktibar daripada kejadian itu.
"Aktiviti memburu secara haram dan pemilikan senjata api buatan sendiri jelas melanggar undang-undang yang boleh mendatangkan kecederaan sehingga meragut nyawa.
"olis sentiasa peka dan mengalu-alukan sebarang maklumat awam untuk membanteras kegiatan ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terutama di kawasan luar bandar," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bahadi binatang
mmg banyak terjadi dalam kes perburuan
member nampak member itu haiwan buruan |
|
|
|
|
|
|
|
kifarah.
ko buru binatang, berbalik nembak member sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Malang tak berbau... tapi kenapa sampai ada "beberapa kesan tembakan"
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa banyak sgt kes mengerikan tertembak member sendiri masa berburu |
|
|
|
|
|
|
|
'Beberapa kesan tembakan di badan'?
Harap tak ada unsur foulplay dlm kes ni, harap mmg kawannya tu betul2 tertembak, scr x sengaja. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 01:26 PM
kifarah.
ko buru binatang, berbalik nembak member sendiri
Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raised huntok dibunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-8-2021 07:50 PM
Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raise ...
kakaaaaa...
kaka makan rimau gajah tapir atau apa2 binatang exotic ke kakaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 08:15 PM
kakaaaaa...
kaka makan rimau gajah tapir atau apa2 binatang exotic ke kakaaa...
Jawab dolu soklan kaka.
Btw ingat meka timbak rimau gajah tapir ka? Hewan2 tu tak wujud pun kat hutan Tambunan tu. Sah2 meka buru rusa atau babi hutan ja jika non Moslem. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-8-2021 08:16 PM
Jawab dolu soklan kaka.
Btw ingat meka timbak rimau gajah tapir ka? Hewan2 tu tak wujud pun k ...
Yup. Haiwan ternak boleh dimakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah utk keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-8-2021 07:50 PM
Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raise ...
bakakuk popular betul di sabah ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|