View: 1091|Reply: 6
|
10 Tahun Kanak-kanak Makan Roti Dan Yogurt Je Sebab Fobia Dengan Makanan
[Copy link]
|
|
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun hanya mahu makan roti dan yogurt sepanjang 10 tahun kerana fobia terhadap makanan.
Ashton yang tinggal di Norfolk disahkan menghidap Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID) oleh pakar psikologi yang menjalankan ujian selama 90 minit terhadap kanak-kanak itu, lapor Mirror.
Ibu bapa Ashton berusaha bermacam-macam cara untuk mengubah selera makan anaknya. - CATERSNEWS
Situasi itu menyebabkan ibu dan bapanya tidak pernah mengadakan makan malam sempena perayaan Krismas kerana anak mereka tidak boleh menghidu bau makanan selain roti dan yogurt.
Cara, 49, dan suaminya, James, 52, berusaha bermacam-macam perkara untuk mengubah selera makan anaknya, namun, tidak pernah berjaya.
“Dia hanya mahu yoghurt perisa strawberi dan pisang serta roti putih jenama Warburtons.
“Kami sangat bimbang kerana dia tidak mendapat nutrien yang diperlukan,” luah Cara.
Cara berkata, anaknya juga sering berasa tersisih kerana tidak akan makan di sekolah atau sebarang pesta dianjurkan akibat masalah tersebut.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Harap brand makanan yg disebutkan ambik budak ni jd duta
Yelah, kalau xdpt makanan tersebut boleh mati budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya smpi tersisih budak ni
hrp dia bertabahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sismarkonah at 13-12-2021 05:11 PM
cer datang meleysia dik, pagi- pagi menu roti canai, roti tisu, roti telur sarang burung kasawari pun ada dan lain-lain. Menu lunch? asam podeh, masak lomak, nasi kandaq beratoq, ayam penyet, ayam gelek lori dan segala menu semua negeri ada, dinner? hang belum rasa hirup tomyam, mee bandung, mee hongkong, nasi usa, western lagi western dari mat salleh sampaikan ke goreng pisang pun ada cheese tau, itu belum lagi 1001 jenis kuih muih, murtabak, roti john, bubur-bubur dan cucuk-cucuk steamboat dan macam macam lagi.
So kesimpulannya marilah melancong ke malaysia, jgn lupa vaksin tau sebab KKM kami garang!
ooo lupa taip, roti kami cap Gardenia tau, perisa pandan lagi, hang ada? time PKP abg lori Gardenia pun lari tengok orang sebab asik kena kejor
Tapi pape pun sis harap ko sihat dik, sian kat awak tau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|