CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4311|Reply: 24

[Tempatan] PAS padam ucapan tahniah pada Taliban atas 'kemerdekaan' Afghanistan

[Copy link]
Post time 18-8-2021 03:33 PM | Show all posts |Read mode
PAS padam ucapan tahniah pada Taliban atas 'kemerdekaan' Afghanistan

https://www.malaysiakini.com/news/587680

Diterbitkan 18 Aug 2021, 2:36 pm
Dikemaskini 3:29 pm



Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat awal petang ini memadam ucapan tahniah yang dibuat parti itu kepada Taliban ekoran langkah kumpulan terbabit kini menguasai Afghanistan.

Terdahulu ucapan tahniah daripada PAS itu dibuat pengerusi lajnah terbabit, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Adun Batu Buruk di Terengganu itu, PAS menganggap penguasaan Taliban itu sebagai suatu "kemerdekaan" rakyat dan negara itu daripada cengkaman penjajahan.

"Kemenangan dan 'kemerdekaan' yang dicapai kali ini adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang selama 20 tahun dijajah dan diceroboh dengan tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan hingga hampir memusnahkan negara tersebut," katanya dalam kenyataan asal.

Khalil menambah dengan "kemenangan" itu PAS berharap semua pihak yang berkaitan dapat berganding baru membangunkan semula negara berkenaan.

Katanya mereka diharap mencapai kata sepakat untuk berdamai bagi meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul.



Kumpulan Taliban menguasai Kabul sejak 16 Ogos lalu sekali gus menyempurnakan penguasaan mereka ke atas negara berkenaan selepas memulakan gerakan tersebut dari satu wilayah ke wilayah lain tanpa banyak tentangan beberapa bulan lalu.

Sejurus sebelum Taliban memasuki Kabul, Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai meninggalkan negara tersebut untuk ke lokasi yang sehingga kini belum disahkan.



Ashraf - bekas pensyarah universiti di AS - mendakwa dia meninggalkan Afghanistan bagi mengelakkan pertumpahan darah. Menjelang pemergiannya kumpulan Taliban sudah berada di pinggir Kabul dan bersedia untuk memasuki ibu negara Afghanistan berkenaan.

Kemasukan Taliban ke Kabul kelmarin berlangsung secara aman.

Taliban kali ini dianggap lebih sederhana berbanding kumpulan yang mentadbir Afghanistan pada 1996 apabila mereka melaksanakan peraturan yang konservatif.

Bagaimanapun kemasukan Taliban juga menyaksikan sebahagian orang awam berpusu-pusu cuba meninggalkan Afghanistan termasuk dengan cara yang amat terdesak.

Khalil berkata kerajaan baru Afghanistan dan rakyat negara itu diharap dapat bersama-sama memajukan negara terbabit berasaskan nilai Islam.

"Semoga kerajaan baru Afghanistan dan rakyatnya berganding bahu dan berkerjasama membangunkan negara seterusnya memperolehi kemakmuran, keamanan dan kemajuan selepas ini dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam yang syumul di samping mendapat rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai kecut
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:09 PM | Show all posts
hamPAS betul...baling batu sembunyi tangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ok..je taliban menang... tak ada huru hara pun.. hadap sangat propaganda barat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:16 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 18-8-2021 04:12 PM
ok..je taliban menang... tak ada huru hara pun.. hadap sangat propaganda barat...


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin boneka amerika takde telur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah...PAS pun iktiraf teori Afganistan ke? Bukan ummah syumul bani jawi ke? Aiyokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:24 PM | Show all posts
pas...apa yg boleh diharap?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-8-2021 04:16 PM

muka acik yg duk yoga tu mcm muka org belah uzbekistan,kazaktan pipi bam bam mata sepet..cantik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Batu Buruk ni ada ciri2 tak jadi menteri?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:38 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 18-8-2021 09:23 PM

terselah ketalibanan Paspispuss..parti penunggang agama tersohor

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-8-2021 04:16 PM

lor..tak baca berita terbaru ka???
percaya sangat propaganda tu... now bayak sumber terkini laaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:10 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 18-8-2021 06:57 PM
lor..tak baca berita terbaru ka???
percaya sangat propaganda tu... now bayak sumber terkini laaa

yela2

tunggu la lagi 2-3 tahun

konfem tak ngaku dah taliban sebahagian dari islam

sama macam ISIS dulu

awal2 je ngaku ISIS islam

lama2..... ISIS sebenarnya yahudi yang menyamar hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadak tulurrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
heheehheehehehehe
pooodah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la si Pas ni memerintah Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 10:22 PM | Show all posts
alah... malu2 pulak

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:12 AM | Show all posts
Hina2 Taliban .. hina lagi lobai2 hamPAS... lobai2 Taliban ni mampu generate income more than 1billion USD... siap ada structure of economy, court, health, education, military etc.. lobai2 hamPAS dah berpuluh2 tahun perintah Kelate .. mampu tebang balak sambil2 bagi teh tarik percuma direct dari kepala paip ayaq ...

harap2 kuburkan lobai2 hamPAS ni next PRU.. tadak faedah & hala tuju melainkan tunggang ugama & muka tak tahu malu makan gaji buta sebagai Duta Khas ka apa kaa tapi apa kerja pun tak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:40 AM | Show all posts
taliban dah tembak sorg org awam n sebat segala,sexerhana apanya dasar terrorist. Pas ucap tahniah pd rakan politik sealirsn
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-8-2021 07:10 PM
yela2

tunggu la lagi 2-3 tahun


Bila dah pandai mengigit tangan yang bagi makan ka tunjuk true kaler bunoh sesama Islam ka, terus dikapirkan ditudoh tak amal Islam sebenar padehal sebelum tu bukan main menyanjung membekap mengkapirkan orang yang mengutuk2.

Rohingla
Suluk Selatan Filipina
Abu Sayaf

Banyak dah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.237183 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list