View: 3335|Reply: 18
|
Shima Anuar Dimaki Sewel
[Copy link]
|
|
Menerima makian pelanggan yang tidak berpuas hati dengan sistem penghantaran jualan laksamnya, pelakon, Shima Anuar, 31, menganggap ada ketika tidak semestinya pelanggan sentiasa benar.
Menurut Shima, sebagai seorang usahawan dan menjalankan perniagaan laksam yang kini hampir memasuki tahun kedua, dia tidak pernah berhadapan dengan pelanggan yang merungut mengenai sistem penghantaran.
Foto: IG
“Bermula awal bulan ini, saya dan pasukan sudah mengubah jadual penghantaran laksam dari pukul 2 hingga 6 petang. Sebelum ini kami buat di waktu pagi. Perkara itu juga sudah dimaklumkan dan diuar-uarkan di setiap platform media sosial perniagaan termasuk di akaun saya sendiri.
“Tetapi ada pula pelanggan bersikap sambil lewa dan tak baca mengenainya kemudian bertindak menyalahkan saya dalam hal ini. Ramai yang sudah ambil maklum mengenai hal itu, tetapi individu tersebut sahaja yang tergamak menyalahkan pihak kami.
“Saya pun bukan sehari dua buat bisnes ini sampai cakap saya sewel. Sebenarnya, ada banyak lagi kata-kata yang mengguris perasaan yang ditulis dan dihantar oleh individu tersebut namun tidak saya paparkan dalam Instagram,”katanya.
Shima berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini bagi mengulas mengenai tindakannya memaparkan perbualan teks bersama seorang pelanggan laksamnya yang bersikap biadap semalam.
Selain itu, kata pelakon filem Highland Tower ini, dia juga ada menerima ugutan saman daripada individu tersebut namun mengaku tidak gentar dengan perkara itu.
“Memang pihak saya tidak salah. Malah, ejen yang berurusan dengannya juga sudah memaklumkan waktu penghantaran terbaru kami semasa urusan jual beli itu. Ada buktinya.
“Saya paparkan di Instagram mengenai hal ini juga tanpa memberitahu siapa namanya, nombor telefonnya, tidak letak nama akaun Instagramnya. Orang tidak tahu siapa pelanggan itu jadi kenapa dia nak terasa itu adalah dirinya?
“Tujuan saya muat naik perkara ini di media sosial untuk memberi contoh bahawa ada pelanggan bersikap begini dan diharapkan perkara ini tidak berlaku kepada mana-mana penjual atas talian yang lain,”katanya.
Mahu agar perkara ini dijadikan pengajaran, Shima dalam masa yang sama berterima kasih kepada semua peminat dan pelanggan setia laksamnya yang sentiasa memberikan sokongan selama ini.
“Walaupun ada yang mencari pasal, Alhamdulillah, perniagaan laksam ini masih beroperasi dan berdiri teguh atas sokongan ramai. Saya sedar dalam perniagaan ini tentu ada naik dan turunnya, tetapi tak mahu mudah patah semangat,”katanya.
Dalam pada itu, Shima juga mengaku tidak sabar untuk kembali ke set bagi menyambung penggambaran yang tergendala bersama produksi drama Lelaki Pendosa yang masih berbaki sebulan.
Mengaku dirinya sudah menerima vaksin lengkap, Shima bagaimanapun terpaksa akur dengan arahan kerajaan yang belum membenarkan operasi sektor perfileman dan penggambaran.
“Kami semua tengah menunggu untuk kembali ke set. Jika dibenarkan semula, memang akan sambung kerja yang tergendala. Hati ini terdetik kasihan juga pada rakan-rakan kru produksi yang terpaksa melupakan sebentar kerja ini.
“Berdoalah agar semuanya dipermudahkan-Nya,”katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap, ni marketing strategi ke ape ni?
Actually untuk masa penghantaran, kalau bulan pose boleh le faham hantar petang.
And masa delivery tu ade inform x mase bukak order?
BTW, adat la berniaga, mesti ade yang x puas hati.
Tp, nape la aku dok fikir ini strategi je, nk suruh orang bukak artikel pasal die, and in a way, org akan tau pasal laksam ni. And kesian sbb die kene maki, maka ramai2 membeli? |
|
|
|
|
|
|
|
Marketing je ni. Sebab dia bukan popular. Aku pun tak kenal. Terpaksa buat marketing murahan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap sgt laksam dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Siap lif dlm ghumah..ko haderr |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia mcm berusia.. dia binik bernombor ker.. mcm kaya btul laki dia... nk kata dia kencang berlakon.. nan hadoo jer |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah ada yg pernah tulis sblm ni ckp laksa minah ni x sedap, tapi still bertahan pula |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, she notified earlier psl chg of delivery time... Saya ada terbaca.. Sbb suka laksam saya selalu jengok ig dia. Pasal laksam tak yah nak saman2..dan tak perlu lah kata org sewel. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu maki dm ke..ko bgtau semua org kena maki kenapa..choyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 19-8-2021 12:02 PM
laki dia mcm berusia.. dia binik bernombor ker.. mcm kaya btul laki dia... nk kata dia kencang berla ...
Bukan bernombor chuolls.. tp lakinya duds bisnesman ada memacam company, banyak juga bisnes lakinya.. dapat jerung harus tunjuk.. podium pencala tu laki sheols punya juga |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya paparkan di Instagram mengenai hal ini juga tanpa memberitahu siapa namanya, nombor telefonnya, tidak letak nama akaun Instagramnya. Orang tidak tahu siapa pelanggan itu jadi kenapa dia nak terasa itu adalah dirinya?"
Bukan kat chat tu ada tulis nama customer tu ke?? Berapa ramai org kat Malaysia ni ada nama Luziyanah tu.
Kalau kawan2 puan tu baca tau la siapa. Lain la nama Puan Bedah ke Puan Salmah ke Puan Sharifah ke which are common names...
|
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 23-8-2021 01:40 AM
Bukan bernombor chuolls.. tp lakinya duds bisnesman ada memacam company, banyak juga bisnes lakiny ...
fuhhhh..klu iols xda nya nk hadap laksam penat2 klu gitu punya kaya... hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 23-8-2021 08:31 AM
fuhhhh..klu iols xda nya nk hadap laksam penat2 klu gitu punya kaya... hahahahah
Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 23-8-2021 09:57 AM
Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan
Bp ringgit sebekas tu? perasan screenshot customer tu wlpun marah siap puji soto ayam sedap.. ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Customer salah sebab maki tp betul la dia marah tu,kenapa masa awal2 org tu order xconfirm masa delivery?bukan semua org telek ig dia
Ai paling xsuka seller mcmni..buat kita trtunggu2
Ada sorg seller ai tanya baik2 boleh x delivery time lunch or before?kalau xboleh ai xnak order..dia ckp xjanji tp akan diusahakan..paling lambat 1:30 smpai katanya
Ok lah..ai dh byr
Igtkan lg jgn lambat2 nnt xde org kt rumah..terus dia perli2 ckp bukan dia boleh kawal roadblock la jem la...ehh ko ni...org tanya kot td..buat sakit hati je |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 23-8-2021 09:57 AM
Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan
rm15 kan.. hahahahaha... mahai nau la.. tp ok la rega standard sna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dh kaya nk penat niaga watpe.. ambik je la elaun bulan2 dgn laki tu. Tak pun bukak butik jer. .. gituu |
|
|
|
|
|
|
| |
|