|
Penyanyi popular dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berbangga apabila wajahnya menghiasi salah satu papan iklan digital (billboard) di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Menerusi Instagram, Rossa berkongsi kegembiraan dan mengakui tidak menyangka wajahnya terpampang di skrin gergasi itu.
Kredit foto: IG Rossa
"Yes that’s your girl on the giant billboard!" tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi lagu Pudar ini dipilih menghiasi billboard bersempena kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik Spotify.
Selain Rossa, turut kelihatan wajah penyanyi Billie Eilish dan bintang berasal dari Hong Kong iaitu Sammi Cheng.
Perkongsian Rossa itu menarik perhatian pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian penyanyi berusia 42 tahun ini.
"Hebat sangat, kami berbangga dengan Teh Oca (nama panggilan Rossa).
"Tahniah... terbaiklah! Anda buatkan kami bangga. Semoga terus berjaya!" komen pengikut.
Untuk rekod, penyanyi Malaysia yang pernah menerima penghargaan yang sama ialah Yuna dan penyanyi baharu Layla Sania.
Sumber: mStar
|
|