"Kalau tak nak berbaik, takyah lah kawan. Ni bukan zaman sekolah, nak gaduh-gaduh."
Memandangkan industri hiburan terpalit dengan kes saman menyaman antara rakan-rakan artis, penyanyi Shila Amzah memberi pandangan peribadinya berdasarkan pengalamannya sendiri.
Shila, 31 menyatakan bahawa kes saman hanya merugikan masa dan duit sahaja. Ini kerana selepas selesai prosedur mahkamah dengan dia memenangi kes tersebut menyebabkan orang yang didakwa perlu membayar ganti rugi.
Bagaimanapun, pihak tersebut tidak dapat membayarnya dan tiada apa-apa tindakan susulan. Tiada faedahnya pun.
Foto : IG Story
Menurut Shila lagi, kes yang berpanjangan hanya membawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Jadi lebih baik tumpukan pada kehidupan sendiri.
"Sekarang ni memang bukan masa yang sesuai untuk benda macam ni lagi-lagi kita di industri kreatif. Kalau nak kena bayar saman, baik guna duit untuk makan."
Foto : IG
Merujuk kepada kes yang dimaksudkan, Shila Amzah dan bapanya N.D Lala pernah berhadapan dengan kes dua wartawan Kumpulan Utusan menerbitkan artikel berunsur fitnah.
Terbaharu dalam industri seni sekarang ialah pergaduhan antara Azwan Ali dan Rozita Che Wan sehingga membawa kepada berbalas kenyataan di balai polis serta kes Siti Nordiana menyaman rakan artis Lan Solo, Syura dan beberapa individu lain.
Apa pendapat anda? - CARI
|