Tular di media sosial apabila pengarah terkenal tanah air Shahrulezad kelihatan bosan melihat drama politik yang diuar-uarkan terutamanya berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri.
Kredit foto: IG Shahrulezad
Sementara ramai yang mengutuk calon Perdana Menteri sehingga terbentuknya perspektif negatif dikalangan rakyat, pengarah ini yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata, dia tidak peduli siapa pun yang bakal menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Budak Ijat juga mempertikaikan motif persepsi negatif terhadap calon Perdana Menteri diuar-uarkan, sedangkan ia tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.
Shahrulezad menyatakan rakyat kini hanya mampu berserah kepada ketentuan Allah dan berdoa agar dilindungi dari pemimpin yang zalim dan gila kuasa.
Sumber: Murai |