Jika anda dibesarkan di era 90-an, pasti mengingati kisah rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo selama 190 hari, Datuk Azhar Mansor.
Berjaya meredah ombak di lautan luas pada tahun 1999 menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan 11 Ogos baru-baru ini, genap 22 tahun peristiwa itu.
Namun, ada juga yang tidak sedap didengar iaitu kononnya Azhar murtad.
Walaupun telah dinafikan, ianya tetap berlegar-legar dari mulut ke mulut. Terbaharu, anak saudaranya membongkar bahawa pakciknya ada sahaja di Langkawi dan paling penting kisah murtad itu palsu belaka.
Foto :Twitter
Netizen turut menceritakan kembali apa yang mereka dengari seperti mendengar ceramah agama kristian ketika belayar, ternampak lambang salib di langit dan sebagainya.
Foto : Twitter
Namun bagi Nana, cerita bertukar agama dan kononnya tinggal di Australia itu bohong semata-mata.
Dan ianya dipersetujui oleh netizen mengingatkan betapa jahilnya mereka ketika mempercayai cerita-cerita dongeng itu.
"Bila fikir balik, orang yang percaya dulu ni akan rasa jahilnya dia percaya tanpa usul periksa, sama kes macam Pokemon itu maksudnya aku Yahudi. Macam lawak ja."
Keratan akhbar pada tahun 2006
Jadi, siapa yang pernah percaya berita-berita palsu ini? - CARI
|