View: 1378|Reply: 5
|
Sampai Kurus Fikir Hal Rakyat, Tapi Digelar Kodok!
[Copy link]
|
|
Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri meluahkan rasa sedih apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dilabel sebagai katak.
Sedangkan, katanya, Jokowi sudah kelihatan semakin kurus kerana sentiasa memikirkan nasib rakyat negara itu, lapor CNN Indonesia.
Jelasnya, tindakan melabelkan pemimpin dengan gelaran sebegitu merupakan tindakan bacul dan tidak bermoral.
Foto: AFP
“Cuba lihat Jokowi, beliau itu sampai kurus kerana memikirkan hal rakyat. Namun, masih ada yang menghina Jokowi dengan menyamakannya dengan katak.
“Saya minta semua orang bersikap seperti anak lelaki iaitu memiliki etika moral dan tidak berbicara sembarangan,” tegasnya.
Menurut Presiden kelima Indonesia itu, kritikan yang disampaikan perlu bersifat konstruktif dan mampu menyelesaikan masalah.
“Saya hanya ingin orang itu (penghina) datang baik-baik bertemu Jokowi dengan menjelaskan apakah bentuk kegagalan sekarang dan apakah konsep yang dikatakan tidak gagal,” jelasnya.
Megawati malah menegaskan akan sentiasa berada di belakang Jokowi kerana situasi pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini dialami oleh semua negara dan bukan hanya di Indonesia sahaja. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk tulis kodok..isi tulis katak . Katak ngn kodok pun tk reti beza ka penulis ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia menteri2 rilek je kena panggil katak |
|
|
|
|
|
|
| |
|