Tular beberapa hari lalu rakaman ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara itu sebaik Taliban mengambil tampuk pimpinan.
Antara yang menjadi perhatian adalah rakaman dua rakyatnya yang terjatuh ketika cuba berpaut pada roda pesawat yang terbang keluar dari Kabul dan disahkan meninggal dunia.
Terkini, BBC melaporkan salah seorang individu terbabit dikenal pasti sebagai Zaki Anwari, 19, seorang pemain bola sepak pasukan remaja Afghanistan.
Kredit foto: Global Village Space
Bagaimanapun, pihak Afghanistan tidak memberi sebarang maklumat terperinci mengenai insiden tersebut.
Namun, menerusi kenyataan yang dikeluarkan General Directorate of Physical Education and Sports Afghanistan, beliau menyampaikan belasungkawa terhadap kematian Anwari.
"Semoga dia berada di syurga dan kami menyampaikan salam takziah kepada keluarga, sahabat serta rakan pasukannya," tulis ucapan tersebut.
Sahabat dan peminat Anwari juga dilihat meninggalkan salam takziah dan berduka atas kematian remaja itu.
Sumber: Gempak |