Seorang remaja berusia 15 tahun cuba membunuh gurunya selepas mendakwa diejek busuk ketika berada di dalam kelas.
Remaja itu menarik picu pistol tiga kali namun ia tersekat dan dia terus melarikan diri.
Guru berkenaan yang ketika itu sedang minum kopi bersama tunangnya di sebuah kedai di Guarantinga, Brazil tidak menyedari tindakan pelajarnya itu.
Kredit foto: News Flash Media
Sebaliknya hanya menyedari nyawanya di dalam bahaya selepas dimaklumkan seorang saksi di meja berdekatan.
Rupa-rupanya remaja itu bertindak begitu selepas guru itu didakwa memalukannya dengan mengatakan dia berbau busuk di dalam kes pada tiga tahun lalu.
Ibu remaja itu sudah mengemukakan aduan kepada pihak sekolah pada Januari 2018 untuk diambil tindakan.
Bagaimanapun remaja itu mengambil tindakan sendiri pada Ahad lalu.
Remaja itu belum ditangkap malah sudah dipanggil untuk disoal siasat. Siasatan masih dijalankan.
Sumber: Harian Metro |