CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7075|Reply: 21

Betty dedah Harun minta bantuan bayar sewa rumah

[Copy link]
Post time 21-8-2021 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 22-8-2021 06:13 PM

Betty dedah Harun minta bantuan bayar sewa rumah



Betty bertemu Harun ketika menerima bantuan program infak artis, baru-baru ini. - Foto Betty Banafe

KUALA LUMPUR: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), pelakon yang juga rakan seperjuangannya, Betty Banafe memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.

"Saya mendapat tahu Harun diserang penyakit darah tinggi, tiga hari lalu. Malah, keadaannya agak teruk apabila terpaksa ditidurkan.

"Bagaimanapun, berita terkini Harun sudah sedarkan diri. Keadaan lebih membimbangkan apabila isterinya pula diserang penyakit.

"Difahamkan, isterinya menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera," katanya kepada BH Online.

Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkata, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.

"Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.

"Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.

"Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, pelakon yang sinonim dengan watak hero drama televisyen itu membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint sejak pandemik menular, tahun lalu.

"Setahu saya, Harun berniaga pecal sejak kerja penggambaran tidak boleh dilakukan. Dia juga membuka cawangan kedua di Sentul dan berniaga dalam talian.

"Harun minat berniaga dan isterinya pula pandai memasak. Jadi, mereka berniaga makanan barat dan tempatan seperti pecal. Dahulu, isterinya pernah buka kedai makan di Shah Alam.

"Namun, terpaksa berhenti berniaga berikutan menjaga Harun yang pernah diuji sakit misteri pada 1993," katanya.

Tambah Betty, perniagaan diusahakan terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian.

"Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.

"Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital," katanya.

Sementara itu, usaha BH Online menghubungi Harun gagal apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... an-bayar-sewa-rumah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
thread dah ada ni mangkukk @Raline

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1267086&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 05:41 PM | Show all posts

Harun Hashim Darah Tinggi Dan Glaukoma, Isteri Pula Kanser Otak - Betty Banaf







Pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.


Ianya diceritakan oleh Betty Banafe di laman instagramnya bahawa Harun, 65 dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.


"Saya tahu Harun diserang darah tinggi, tiga hari lalu. Keadaannya agak teruk bila terpaksa ditidurkan.
"Terkini dia sudah sedarkan diri. Cuma lebih membimbangkan isterinya pula diserang penyakit."






Foto G




Seperti yang dilaporkan BH Online, isteri Harun menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera.


Betty berkata, kali terakhir dia berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.


Saya terbabit dalam program infak artis bersama ngo agihkan bantuan kepada yang memerlukan.
Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun dah tak sihat, matanya makin kabur."





Foto G




Dramatis popular era 90an itu disahkan menghadapi Glaukoma yang menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.



"Saya lihat matanya dah bertukar warna. Harun sendiri akuinya, cuma tak mampu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut."


Katanya, Harun membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint sejak pandemik menular, tahun lalu tetapi
terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian.


"Harun ada WhatsApp minta bantuan bayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu. Tapi, saya terlambat membalasnya kerana sibuk. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital."



Semoga Harun Hashim dan isterinya lekas pulih. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
My dad's fav actor ni
Lakonan dia berkarisma
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkenal tp kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan Nya
Last tgk dia berlakon dlm citer scammer yg ada kamal adli & sallywho
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 09:05 PM | Show all posts
betty tak payahla buka aib..tolongnya tidak.. member dah masuk hospital baru nak tunggang hype.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pula Betty dlm gambar kat atas tu. Semoga Encik Harun dimurahkan rezeki, kesiannya dgn sakit & kurang pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 09:44 PM | Show all posts
Lejen kutub utara kutub selatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 10:25 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada dia berlakon drama laama dah. Dgn sofea jane. Asalnya bercinta dgn mak sofea jane, Aznah Hamid kut mak duia tu.. tp putus.. Bila dah besar sofea jane ni kenal dgn harun, tah cemana boleh kenal x igt dah.. Bercinta ngan ex boifren mak sendiri.. Best drama ni. Harun ms tu muda lagi ensem. Tapi aku rasa x sehensem Yusuf Wahab la.

Brbalik kpd gosip ni, Betty cuma nak bercerita je ke. Ada ke no akaun ke hapa ke utk org salur bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Harum Hashim ni method actor....tV6 pun ada ulang drama dia masih betul2 muda...zaman Drama Minggu Ini gitew

Yg 90s dia jd Cikgu sahizy Sam dgn adegan pukul Bell Ngasrii tu sbb Bell tuduh Cikgu ada affair ngan watak Sam tu hahaha. Betul2 di ketuknya bell

Pelakon dulu banyak dari pentas theater mcm Ahmad Yatim, Yusof Wahab dll
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak ni sedare iols gak ni... Lepas mak bercerai belah ayah terus xberhubung ngn diorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak baca kisah heols walhal he’s one of the famous veteran actor. I yg xlayan sgt drama tv pon kenal muka heols walaupon xtau nama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dorang sembuh cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 08:06 AM | Show all posts
semoga allah permudahkan urusan abang harun,,,dia , yusuf wahab dan mustafa kamal antara hero yang paling hensem dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:19 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan mereka dan juga sesiapa yg sedang mengalami musibah kini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 09:12 AM | Show all posts
Edited by Sagun36 at 26-8-2021 09:53 AM

Membesar dgn melihat lakonan beliau...pelakon berkarisma, berbakat. Sedih lihat keadaan dia sekarang. Semoga Allah datangkan rezeki yg tak disangka2 utk beliau dan isteri.
Zamarul Hisyam tu lakonan dia pun seakan2 mcm harun hasyim.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan sapa la Harun tadi, tahu pakcik ni, cuma tak tahu nama, belakon mmg sangat bagus, moga cepat sembuh dan dpermudahkan urusan hidup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.556886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list