View: 1921|Reply: 7
|
Elizad Bertudung Bukan Sebab Siti Sarah, Tapi Kerana Allah Jentik Hati
[Copy link]
|
|
Semakin cantik selepas berhijab, Elizad Sharifuddin bagaimanapun enggan penghijrahannya itu dikaitkan dengan arwah Siti Sarah Raisuddin.
Kredit foto: IG
"Seboleh-bolehnya saya tak mahu kaitkan hijrah saya dengan arwah atau kisah-kisah kebaikan arwah. Saya pakai tudung kerana Allah dan niat sendiri bukan disebabkan orang lain.
"erkara lain yang saya nak cakap tentang arwah, dia selalu beri hadiah kepada saya dan sangat bangga dengan Shuib yang sangat tenang menghadapi dugaan ini," katanya kepada Kosmo! Online.
Kata pelakon itu, hatinya mula terjentik untuk berhijab selepas suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman, 48, membeli beberapa helai tudung secara dalam talian untuknya.
"Ketika memakai selendang yang dibeli, suami kata cantik sangat tetapi dia tak paksa saya untuk pakai. Kemudian kebetulan saya bekerja masuk konti radio pada 1 Muharam lalu dan bermula detik itulah saya mula memakai tudung," ujarnya.
Elizad juga menjelaskan tindakannya menutup ruangan komen pada muat naik gambar minggu lalu kerana tidak mahu melihat netizen berbalah.
"Walaupun saya tutup ruangan komen, masih ada yang masih melemparkan kata-kata negatif menerusi mesej peribadi Instagram.
"Ada yang persoalkan fesyen tudung saya 'Sudah cukup sempurnakah pakai hijab begitu'? Saya tidak pernah cakap saya manusia sempurna," katanya.
Kredit foto: IG
Tiada manusia yang sempurna. Biarlah Elizad berubah mengikut rentaknya sendiri. Apapun Elizad memang makin cantik! Semoga istiqamah ya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Blh x tak payah sensasikan berita ni..bkn br masuk islam pon..and bukan fully tutup aurat pon..sendu sgt ke reput cari nk cr news smpi xde modal..cite gini pon ko angkot?? |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah ko clarify bukan sbb Sarah. Semua benda dah sbb Sarah. Sikit hari lg angkat macam ebelit level pengganti nabi. Sarah lak dah ada yg umpama bagai siti sarah. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia ni...
upgraded dari zaman sheol berlakon cerita rock tu
tapi time tu pun dah lawa dah
moga istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 22-8-2021 06:03 PM
Eloklah ko clarify bukan sbb Sarah. Semua benda dah sbb Sarah. Sikit hari lg angkat macam ebelit lev ...
Exactly…… |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan yg tepat "saya bertudung sbb saya seorang muslim" |
|
|
|
|
|
|
| |
|