View: 2230|Reply: 19
|
Bencana Gunung Jerai: Mayat Bekas Imam Ditemui Menghadap Kiblat, Hanya Ada Kesan
[Copy link]
|
|
YAN: Mayat mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang juga bekas imam sebuah masjid di Yan ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun di sini, pada jam 3.23 petang tadi.
Foto: FB
"Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa pada jam 3.28 petang dan mendapati jasadnya masih berada dalam keadaan baik.
"Keadaan mayat didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar (empat hari lalu).
"Mayat juga ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR akan diteruskan untuk mencari mangsa terakhir di kawasan Titi Hayun.
Pada Sabtu, pihak berkuasa dan agensi yang menjalankan operasi SAR dilaporkan menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa termasuk Ku Shuib.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji, berkata pasukan SAR tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.
Untuk rekod, dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang dengan seorang ditemui selamat manakala empat yang lain ditemui maut, sebelum ini.
Mangsa yang ditemui maut sebelum ini disahkan sebagai Ahmad Din, 68, yang ditemui di Kampung Setoi manakala mangsa kedua, Shahruzi Mohamad, 53, ditemui di Kilometer 8 Gunung Jerai pada jam 11 malam pada hari kejadian.
Mangsa ketiga, Zainol Morad, 66, ditemui di Kampung Titi Hayun pada jam 12.30 tengah malam Khamis manakala mangsa keempat, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui pada Khamis di Kampung Keda Sungai Udang kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Dengan penemuan mayat mangsa kelima hari ini, pasukan SAR kini menumpukan usaha mencari mangsa terakhir yang dikenali sebagai Riduan di kawasan Titi Hayun. -CARI
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga arwah di tempatkan bersama sama org yg mendapat rahmat Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un |
|
|
|
|
|
|
|
Innalilahiwainailahirajiunn .. Alhamdulillah dah jumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah kpd ahli keluarga berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalilahi wainna ilaihi rajiuun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahuwainnailaihirojiun... SubhanaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
Sedihnya tengok update tentang kepala air ni... teruk lumpur, orang yang datang bantu dah tak larat... tak dapat settle sekejap, ambil masa juga nak cuci selut2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raajiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
|
|
|
|
|
|
|
|
kat youtube ada bideo live bomba dan penyelamat jumpa jenazah bawah pokok2... channel pa ntah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga beliau. Walau sedih pasti keluarganya lega sebab dah jumpa juga akhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 23-8-2021 05:23 PM
I tengok tv news semlm..cucu imam tu bagitau reporter ;wan dia sedih sebab atok hanyut depan mata..wan tak sempat nak tarik |
|
|
|
|
|
|
|
Innalilahhiwaiinailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailahirojiun... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yg bertakwa |
|
|
|
|
|
|
| |
|