Akibat cinta lama berputik, seorang wanita yang sudah berkahwin sanggup menduakan suaminya demi kembali bersama bekas kekasih.
Wanita itu yang hanya dikenali sebagai WY, 27 tahun, didakwa berlaku curang apabila menjalin semula hubungan dengan bekas kekasihnya ketika suaminya berjauhan.
Lapor Tribunnews, suami wanita itu dilaporkan kini bekerja di Malaysia.
Polis memberi peringatan kepada pemilik hotel yang menjadi tempat pasangan khalwat di Aceh, Indonesia.
Menurut polis Aceh, wanita itu dan kekasihnya ditangkap khalwat di sebuah hotel di Peunayong, di sini pada Jumaat lalu.
Ketika ditahan, kedua-duanya mengaku merupakan pasangan kekasih sebelum ini, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan sehingga wanita itu berkahwin dengan lelaki lain.
“Sudah hampir dua tahun suami saya tidak dapat pulang ke Aceh kerana pandemik Covid-19, Malaysia tutup pintu sempadan.
“Sejak beberapa bulan lalu, saya berjumpa semula dengan bekas kekasih dan cinta kami berputik kembali, maka kami putuskan untuk jalin hubungan,” katanya ketika membuat pengakuan kepada polis.
Pasangan kekasih itu memberitahu, mereka pergi ke hotel untuk meraikan hari jadi, namun mereka ditangkap sebelum sempat meraikan ‘hari bahagia’ tersebut.
Post time 23-8-2021 02:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pffttttt
heaux
sia2 jahhh laki bersempit2 macam sardin kat sini cari rejeki
sheol pulak bukak sempadan cinta berbunga bertatahkan mutiara khorsani dengan jejant lain
Post time 23-8-2021 03:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau pompuan Indonesia dah kahwin beranak pinak pun ada yg mengaku janda bila datang Malaysia, kahwin local
Ada yang mengaku non Muslim padehal kawan dorang sendiri bagitau daerah dia tu fully muslim
Agaknya malaikat ada kat kampung dorang je kot, kat malaysia takde nak catat dosa
Post time 25-8-2021 01:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Astagaaa sisthur. Suami kau mcm nk mampus ikat batu, pastu kalau site ada covid case kna potong gaji, ikat perut nk bagi kau duit. Lohhh ini balasannya.