"Comitting less sin is improvement. Praying one more Salah is improvement. Transitioning from not wearing a scarf to covering a part of your hair is still improvement. Small steps forward are still steps in the righ direction. Keep going"
Begitu hantaran yang dimuat naik pelakon Farah Nabilah, 29 di laman instagramnya tiga hari lepas dan jika melihat transisi muat naik foto-foto di laman instagramnya, mungkin petikan kata-kata ini cuba menceritakan perubahan yang kini cuba dilakukan olehnya.
Foto : Instagram Farah Nabilah
Pada hari sama, Farah mengedit gambarnya mengenakan selendang yang hanya menutupi sebahagian rambutnya dan semalam dia memuat naik videonya bersama anaknya, Andre dengan berhijab penuh.
Gambar profil instagramnya juga kini menampilkan dirinya berhijab penuh. Sejak Jun lagi sebenarnya pelakon yang mula popular sejak berlakon di samping Zul Ariffin dalam drama rantaian Titian Kasih ini mula tampil memakai selendang yang menutupi sebahagian rambutnya.
Penampilan terbarunya itu turut mendapat pujian daripada rakan baiknya yang juga baru sahaja mula berhijab, Izara Aishah.
"Cantiknya my fren", kata Izara. Mawar Rashid dan netizen lain turut tidak ketinggalan memuji kecantikan Farah.
Foto : Instagram Farah Nabilah
Jika benar, semoga kekal istiqomah ke arah kebaikan. - CARI
|