View: 2236|Reply: 17
|
Anda Bukan Lembu Atau Kuda Ambil Ivermectin
[Copy link]
|
|
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas selepas kebanyakan penduduk di Mississippi mengambil ivermectin untuk merawat atau mencegah Covid-19 walaupun ia biasanya digunakan terhadap parasit pada haiwan ternakan.
“Anda bukan lembu atau kuda. Tolong hentikan pengambilan ubat itu,” tegas agensi tersebut.
Gambar hiasan
Gesaan itu dibuat selepas Jabatan Kesihatan Mississippi menyuarakan kebimbangan berikutan lebih 70 peratus panggilan kecemasan yang diterima pusat keracunan negeri itu baru-baru ini melibatkan kes pengambilan ivermectin yang dibeli di pusat bekalan haiwan ternakan.
Pengawai kesihatan negeri, Thomas Dobbs memberitahu beliau menerima laporan tentang individu yang mengambil ubat itu kononnya sebagai ‘langkah pencegahan’.
“Ia sememangnya tidak masuk akal. Tolong jangan buat begitu,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan memaklumkan 85 peratus pengadu mengalami gejala ringan dan seorang individu turut disarankan untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana pengambilan dos secara berlebihan ubat ivermectin.
Gambar hiasan
Sebelum ini, Institut Kesihatan Kebangsaan mengesahkan tiada bukti menunjukkan keberkesanan ivermectin boleh digunakan untuk merawat Covid-19.
Difahamkan, Mississippi mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi dan vaksinasi paling rendah dengan hanya 45.1 peratus menerima dos pertama berbanding 60.5 peratus secara purata di peringkat kebangsaan.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni yg mp ph esp mat sabu beria suruh rakyat telan iver? dia ingat rakyat ni lembu ker? dahlah dulu tun suruh buat kandang lembu untuk pelancung....haha |
|
|
|
|
|
|
|
Anda juga bukan kambing untuk terus menerus disuntik. |
|
|
|
|
|
|
|
yang tukang suruh tu lah lembu. masyabu dan carslid laknat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
"Ingat kita ni ayam ke nak cucuk-cucuk," - Diknah, 2021. |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 23-8-2021 08:21 PM
"Ingat kita ni ayam ke nak cucuk-cucuk," - Diknah, 2021.
Ayam sekarang masih di cucuk kah sis.... Sekarang depa di beri minum saja....
Sudah tahu diri manusia kenapa masih ambil ubat dan dose untuk lembu dan kuda?. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..
pastu kawan aku askar pun ckp benda yg sama..
lg sorang kenalan aku keje farmasi pun ckp benda yg sama.. kerajaan tarik balik semua stock dr kedai2, tp dorang jual underground..
aku pun tak tahu la cane.. ada yg dah masuk spital, pastu makan di sorok2, pastu terus dpt discaj..
meols pun mcm dah percaya dgn iver ni.. tp belum consume lg |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh percaya ubat parasit haiwan, kenapa tak boleh percaya vaksin untuk manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 25-8-2021 09:49 AM
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..
Kalau pun iver ni mujarab sampai kkm approved so kalau jd apa2 boleh sue kerajaan. Xder ler mati katak jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Iver pun kalau ambik ada side effect juga. |
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 25-8-2021 09:49 AM
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..
Bukan ke najib pun telan ni ke pernah je kantoi dkt fb post dia dlu. Then lepas tu dia ganti dgn pic lain. |
|
|
|
|
|
|
|
thread pasal pembangkang desak Ivermectin
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1261746
banyak media sosial dah tak ckp dah pasal Ivermectin
tak sure kalau lambakan stok yg beli tu dia org dh habis jual
sekarang ni asal ada kematian je
soalan yg ditanya 'ada ambik booster ka?'
kalau YA
tu la akan disebut2 kenapa si polan meninggal
hatta mati accident pun disalahkan booster |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
The Lord is my shepherd; I shall not want |
|
|
|
|
|
|
| |
|