View: 3485|Reply: 54
|
Syok Sangat Ziarah-Menziarahi, Kelantan Terus Catat Kluster Baharu
[Copy link]
|
|
Kelantan terus mencatatkan pertambahan kluster dalam kalangan komuniti membabitkan aktiviti ziarah dan sosial.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat kluster terbaru di negeri berkenaan dikesan daripada aktiviti ziarah di beberapa daerah yang sudah menjangkiti 53 individu.
Beliau berkata, empat kluster berkenaan adalah daripada keseluruhan 10 kluster dalam kalangan komuniti yang dikesan hari ini.
Secara keseluruhan, katanya, terdapat 30 kluster yang dikesan oleh KKM termasuk 18 kluster tempat kerja serta dua dalam kalangan kumpulan berisiko.
Memperincikan mengenai kluster komuniti di Kelantan, beliau berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Bunut Susu di Pasir Mas.
Gambar Hiasan
"Kluster ini membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Bechah Palas, Jalan Bunut Susu, Pasir Mas. Kes indeks bagi kluster ini ialah lelaki berusia 48 tahun warga tempatan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Ogos lalu. Sehingga kini ia sudah menjangkiti lapan individu.
"Kluster Kampung Paya juga di Pasir Mas dan sudah menjangkiti lapan individu. Kes dalam kluster ini ialah lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Ogos lalu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di di Kampung Paya Mengkuang, Chetok, Pasir Mas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Kampung Kayu Rendang di Kota Bharu yang sudah menjangkiti 14 individu yang membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu.
Katanya, kes indeksnya ialah lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini ia sudah menjangkiti 14 individu.
"Kluster Kampung Pulau Sa di Pasir puteh yang sudah menjangkiti 23 individu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Pulau Sa dan kes indeks ialah lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Ogos lalu," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kat org nak buat kja. mntak2 la tak serius sampai ada jd yatim piatu disebabkan sikap penting diri org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg mmg suka bertandang rumah org, selalu suka buat makan2 sambil membawang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ko tawww.. ekecli budu tu lagi power dr pfizer moderna smerrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
sskjp
|
|
|
|
|
|
|
|
mu kecek molep sketttt, sek sek kawe baik blako !!
sek kito mandi lanjey !! ini semuo pitnoh nok jatuhke kerajaae isle pah
- nate berok |
|
|
|
|
|
|
|
Ziarah menziarahi kan ke amalan molia lg berpahala??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ziarah, jgn tak ziarah, haaa, kan dah mendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang dah jadi kebiasaan bukan mudah nak diubah walau apa pun orang lain nasihatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Silent super spreader yg sudah divaksin kah? Not really surprising since I did expect new cases melonjak seluruh negara selepas kelonggaran dan ramai manusia yg degil dan angkuh perasan kebal tapi membahayakan nyawa orang lain. Boleh jangka varian baru lambda dan seangkatan mencemar duli di tanah malaya tidak lama lagi once the border is open too. It's a door to the end. Prepare for the worst. |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah teknik bunut susu pasir. mas dah tukar nama jd sekolah teknik pasir mas sahaja
sebabnya.. tiapkali pergi ke negri luar atau luar daerah.. org akan tanya apa benda tu bunut susu
sebenarnya bunut susu tu sejenis spesis pokok jejawi/ara/beringin/banyan |
|
|
|
|
|
|
|
Jenih ketegaq. Mertua i xsudah2 meratip kt shuben mu xleh kelik kooo..mu xleh kelik ko..xmau paham! Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan iols datang rumah iols bising kata kat dia sekejap je. Jumpa kat depan rumah je. Nampak mcm kejam tapi kita nak jaga diri dan family.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah, rentetan dari raya haji tak surut lagi, tunggu lah minggu cuti sekolah, sebabak lagi kes nya org sibuk nak kenduri anak kawen. Doh lah SOP ke laut dalam, dgn pakcik2 yg antivaksin lagi.Pusing |
|
|
|
|
|
|
|
amalan molia jangan ditinggal gituuu
sekali hambekkk |
|
|
|
|
|
|
|
orang kelantan memang degil pon. Kawan mak iols cerita, orang kampung dia siap buat makan2 lagi last week. satu kampung tu kena PKPD sebab kluster makan2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka la
berbuih2 mulut org dah kata JANGAN ZIARAH ms raya
Tp degil gedebe nak mamposss
Cash lah! |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah asik naik jer jumlah covid... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurung jah puok nim dlm gok aye |
|
|
|
|
|
|
| |
|