Sebelum ini kecoh apabila seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dipecat gara-gara menolak suntikan vaksin.
Dia juga bakal kehilangan wang pencen yang layak diterima.
Kredit foto: IG
Menurut berita, anggota tersebut, Wan Ramli dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengatakan dia mempunyai hak untuk menolak kerana perkara itu belum diwajibkan secara sepenuhnya pada petugas barisan hadapan.
Wan Ramli, Kredit foto: Utusan
Mendengar berita tersebut, Rita Rudaini yang sebelum ini turut menolak vaksin memberikan reaksi.
Kata Rita, perkara ini memang tak patut langsung berlaku.
"Makin gila, makin kejam dan makin jauh sangat manusia-manusia ni. Moga Allah balas segalanya kepada mereka yang bertanggungjawab aniaya Sjn Wan Ramli dan mereka yang mengecam dan mengutuk beliau. Jasa selama 19 tahun tidak dipandang???, tulisnya melalui Instagram.
Kredit foto: IG
Pelakon ini juga berharap agar pihak yang bersikap tidak adil ini akan diberikan balasan yang setimpal.
Sis dah bersuara tu. Hangpa tak taku ka? -CARI |