CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1035|Reply: 1

Penyertaan Syaiful batal angkara bisul

[Copy link]
Post time 25-8-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Penyertaan Syaiful batal angkara bisul

]Aida Adilah Mat
[email protected]

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]


BAHU kiri Syaiful ditampal pelekat bagi melindungi bisulnya. FOTO MSN


Kuala Lumpur: Hasrat wakil negara dalam acara renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk mara ke pusingan akhir acara itu tidak kesampaian apabila penyertaannya dibatalkan.

Turun dalam saringan satu, penyertaan atlet negara itu dibatalkan apabila melakukan kesilapan teknikal kerana meletakkan pita pelekat di bahagian bahunya yang terdapat bisul.

Syaiful ketika dihubungi memaklumkan bahawa dia kecewa selepas mengetahui perkara itu kerana ia bukanlah kesalahan daripada pihaknya.

"Sebelum pertandingan saya sudah berjumpa dengan pegawai bertugas mengenai masalah saya. Mereka tidak beri jawapan yang pasti.

Mereka berkata saya boleh menampal tape (pelekat) ataupun tanggalkannya.

"Sehari sebelum pertandingan juga saya sudah berjumpa dengan pegawai yang bertugas, jawapannya tetap sama. Mereka juga beri jawapan 50-50, boleh letak atau tanggalkan. Jadi bila tiada jawapan yang pasti, saya pilih untuk tampal pelekat berkenaan bagi mengurangkan rasa sakit di bisul.

Bagaimanapun, Syaiful masih berpeluang menebus kehampaan hari ini kerana masih mempunyai tiga lagi acara itu 50m, 100m (gaya bebas) dan 100m kuak dada.

Nur Syaiful mengesahkan tempat ke Paralimpik Tokyo 2020 selepas meraih pingat gangsa 50m gaya bebas (S5) pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di London.

Saringan itu dikuasai Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, Daneil de Faria Dias (Brazil), Dmitrii Cherniaev (Russia) dan Sebastian Rodriguez (Sepanyol) yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Bertran mencatat masa 2 minit 33.73 saat, 11.43s di depan Faria Dias manakala Cherniaev berada di tempat ketiga dengan catatan 2:48.18s.

Sementara itu Chef de Mission Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, beliau yakin Syaiful akan bangkit selepas ini kerana masih mempunyai baki acara yang belum selesai.

Disiarkan pada: Ogos 25, 2021 @ 12:44pm





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 01:55 PM | Show all posts
bisul nasi paling sakit sbb dia belum masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071173 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list