"Kalis api neraka ke nikop nih?"
Personaliti media sosial, Fynn Jamal meluahkan kekesalannya atas tindakan individu tidak bertanggung jawab menjual kembali Niqab jenamanya dengan harga tidak masuk akal.
Manakan tidak, niqab tersebut sebenarnya dijual dengan harga RM59 tetapi dijual kembali dengan harga RM873! Siap boleh buat bayaran ansuran pula tu.
Foto : IG
Bagi Fynn, tindakan keterlaluan tersebut perlu diambil tindakan tegas memandangkan stoknya sudah habis.
Jadi, dia berhasrat untuk menambah koleksi yang sama supaya tiada pembeli yang akan tertipu dengan penipuan itu.
Foto : Website
Nampaknya, bukan Fynn Jamal sahaja yang terkena, ramai juga yang senasib dengannya.
Jadilah pembeli yang bijak. Anda mampu menentukannya. - CARI
|