CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2121|Reply: 8

India K*l*ng, Cina B*kit, -Ikram Tarik Balik Video Iklan Rasis

[Copy link]
Post time 26-8-2021 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memohon maaf dan menarik balik penerbitan video iklan berjudul Mak, Dah Siap! bersempena Bulan Kebangsaan 2021 yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia.


Ikram dalam satu kenyataan berkata, penerbitan video itu adalah sebahagian produk untuk kempen bertemakan #MerdekaBersama.






"Ikram ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video itu menimbulkan sensitiviti kaum walaupun tujuan asalnya adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak kecil.


"Video Mak, Dah Siap! adalah sebahagian daripada produk penerbitan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang dianjurkan dengan tema #MerdekaBersama.


"Atas rasa tanggungjawab menjaga sensitiviti dan memelihara keharmonian antara kaum, Ikram menarik balik penerbitan video itu di semua media sosial yang dikendalikan Ikram," katanya.


Dalam kenyataan sama, Ikram juga menjelaskan mesej utama yang ingin disampaikan menerusi video berdurasi 59 saat itu adalah untuk menunjukkan realiti semasa sebahagian rakyat Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain dengan melabelkan bangsa itu dengan sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk negatif.







"Ikram merasakan stereotaip ini perlu dihentikan, apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia.


"Sebagai anggota masyarakat, ibu bapa khususnya kita hendaklah sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini," katanya.


Semalam, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menuntut permohonan maaf daripada penerbit video itu dan meminta mereka menarik balik video iklan berkenaan kerana didakwa berbaur perkauman.


Video itu mengisahkan mengenai watak seorang lelaki Melayu menggunakan perkataan tidak sepatutnya bagi memberi gambaran terhadap kaum India dan Cina.


Tindakannya itu menjadi ikutan anaknya yang masih kecil dan turut menggunakan perkataan-perkataan itu dalam lukisannya.


Bagaimanapun, dari sudut lain, ia dilihat sebagai satu bentuk nasihat kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga sensitiviti demi keharmonian dan perpaduan kaum. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 08:49 AM | Show all posts
thread sedia ada

Saje la letak.
Tau x jadi pape sbb kebal kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:25 AM | Show all posts
Ok apa video tu, realiti sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:33 AM | Show all posts
la mati mati iols ingat kan iqram chikiboomboom yang punya iklan. ikram persatuan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerodek sangat {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 01:49 PM | Show all posts
ok apa iklan tu....reminding kita semua utk JANGAN jadi racist. Kenapa ada yg sentap pulak. Pelik betul..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan betul2 kejadian ke benda2 gini?
berlambak komen gitu kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
marsie: ok apa iklan tu....reminding kita semua utk JANGAN jadi racist. Kenapa ada yg sentap pulak. Pelik betul..


Kan, dia guna perkataan2 tu dlm iklan utk beri kesedaran ja. Rasanya tak ada isu pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 10:38 AM | Show all posts
nanasno replied at 26-8-2021 10:33 AM
la mati mati iols ingat kan iqram chikiboomboom yang punya iklan. ikram persatuan rupanya

me tooo, ingat iqram chikichikoboomboom hahaha

anyway to realiti ler, and sure kita pun byk guna perkataan keling or cina bukit bila marah kt kaum tu..


at the and kan pengajaran, aku tak paham bab2 ni. mcm mana kita nk maju kalau mcm ni pun terasa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.066532 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list