Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.
Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa gambar digunakan Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.
Kredit foto: Ars Technica
Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.
Dia yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album.
Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS).
Namun, peguam Elden, Robert Y Lewis berpendapat, kepingan dolar AS yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan 'seperti buruh seks'.
Kredit foto: The New York Times
Kes undang-undang juga menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat, tetapi perjanjian itu tidak disahkan.
Elden mendakwa identiti sebenarnya dan namanya sering terkait dengan eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur.
Sumber: Sinar Harian |